Ayam Organik

Ayam Organik semakin mendapat permintaan di Malaysia kerana harganya semakin mampu dimiliki, mudah diperoleh, dan memberi khasiat jauh lebih baik dari ayam pedaging atau ayam daging.

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna, kita perlu memastikan bahawa, ayam organik yang dibeli merupakan ayam yang disahkan organik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanai atau dikenali juga sebaga Ministry  Of Agriculture & Agro-Based Industry (MOA).

Logo-DVS
Logo Jabatan Veterinar Malaysia

Kenapa?

Ini kerana, ayam organik perlulah diternak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penggunaan ayam organik digunakan tanpa kawalan dan memanipulasi pelanggan dengan perkataan organik semata-mata.

Kami dapati di pasaran terdapat ramai pengeluar ayam kampung dan ayam daging sewenang-wenangnya melabelkan ayam kampung atau ayam daging mereka sebagai ayam kampung organik atau ayam daging organik.

Ini adalah tidak tepat dan mengelirukan pengguna.

Jadi, jom ikuti kami menerangkan secara menyeluruh berkenaan penternakan ayam organik di Malaysia.

Harga Ayam Organik

Ayam Organik berharga RM22.50 seekor.

Berat bersih anggaran RM1.2kg-1.5kg (setelah dibuang bahagian dalaman)

Ayam bebas antibiotik, hormon dan kimia.

Disahkan Organik oleh JPV dan MOA.

Pembekal Ayam Organik

Ayam Organik boleh didapati di semua kedai AzZainMart.

Pada 2018, terdapat 6 buah AzZainMart di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, dan Klang.

Lihat semua lokasi AzZainMart.

Panduan Keperluan Asas Penternakan Ayam Organik Di Malaysia

Ini adalah ringkasan dari panduan keperluan asas penternakan Ayam Organik di Malaysia.

Jom lihat betapa teliti dan tinggi standard dalam menghasilkan ayam organik.

Dari baka ayam, ladang, makanan, sembelihan dan pelupusan.

Muat turun panduan penuh sekiranya hendak digunakan dalam industri.

Panduan ini dialih bahasa dari panduan yang disediakan oleh DVS (Department Of Veterinary Services Malaysia).

 

  • Baka ayam dari sumber organik
  • Anak ayam bukan organik boleh dibawa tetapi bersyarat
  • Kaedah pembiakan ayam hendaklah mematuhi prinsip-prinsip pertanian organik
  • Makanan ayam mesti organik, termasuk pada rumput dan makanan ternakan
  • Makanan diproses hendaklah dari kilang makana organik yang diluluskan oleh kerajaan.
  • Ayam organik mesti mempunyai akses yang mencukup kepada air segar untuk mengekalkan kesihatan dan semangat.
  • Makanan ayam tidak mengandungi bahan GMO (Geneticallny Modified Oranism).
  • Bahan makanan berasal mineral, vitamin atau provitamin hanya boleh digunakan jika ia semulajadi.
  • Antibiotik, anti parasit & Bahan ubat, tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan.
  • Bahan lain yang bertujuan Merangsang pertumbuhan tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan.
  • Bahan lain yang bertujuan merangsang pengeluaran tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan
  • Penggunaan Antibiotik akan menyebabkan ayam kehilangan status organiknya.
  • Produk Organik mesti dilindungi sepanjang masa dari beramput dengan produk bukan organik.
  • Produk Organik mesti dilinding dari bersentuhan dengan bahan yang tidak dibenarkan dalam pertanian organik.

Baca keseluruhan 30 Panduan Keperluan Asas Penternakan Ayam Organik Di Malaysia

Setelah kami pamerkan sebahagian dari panduan di atas, adakah anda pasti anda telah membeli Ayam Organik?

Logo-logo berkaitan Penternakan Ayam Organik

logo MyOrganic
MyOrganic
Logo MyGap
MyGAP

Persijilan MyGAP Jaminan Produk Berkualiti Dan Selamat

MyGAP dan MYOrganik Jaminan Kualiti Dan Keselamatan Makanan

Dapatkan Ayam Organik di semua lokasi AzZainMart.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping