Eimani Halmart

Eimani Halmart Pembekal Kurma Berkualiti

Eimani Halmart PEMBEKAL KURMA BERKUALITI YANG JUGA ADA DUA (2) KEDAI HALAL MART.

eimani halmart

Pagi Sabtu yang indah, kami menerima stok kurma dari rakan niaga baru kami yang kini memiliki dua (2) buah kedai halal mart yang berada di Ampang dan Saujana Utama.

Ruang pertemuan yang singkat kami manfaatkan dengan perbincangan berkenaan situasi semasa perniagaan halal mart.
eimani halmart

Kami berkongsi bagaimana kami sebagai sebuah syarikat yang memiliki domain www.azzainmart.com kerap menerima panggilan dari pelanggan yang berminat untuk datang ke premis dan bertanyakan tentang lokasi terdekat yang boleh mereka kunjungi.

Eimani Halmart juga mempunyai website iaitu https://www.eimanihalmart.com/ dan https://kedaihalalmart.com/

Kami telah dilatih untuk memberi bantuan kepada mana-mana pelanggan yang berpotensi untuk mendapatkan maklumat kedai halal mart dengan sedaya upaya walaupun kedai-kedai tersebut bukanlah milik kami.
eimani halmart

Untuk makluman hanya Enam (6) cawangan kami di bawah sahaja yang diuruskan oleh Yaqin Mart Sdn Bhd:

Az-Zain Shah Alam
Az-Zain USJ Subang Jaya
Az-Zain Bandar Putera 2
Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam
Az-Zain Alam Budiman
Az-Zain Subang Impian

Az-Zain Halal Mart
Bagi kami, tindakan kami membantu pelanggan tersebut adalah satu usaha bagi membantu rakan niaga lain selain dapat memudahkan pelanggan dapat maklumat lokasi dengan lebih cepat.

Perbincangan kami diakhiri dengan beberapa cadangan menarik yang kami percaya dapat memberi faedah kepada para pelanggan kami mendapatkan produk halal dan juga membantu para usahawan pembuatan dalam mengedarkan produk yang dihasilkan.

Kami percaya melibatkan perniagaan pengedaran produk halal ini adalah satu tanggungjawab besar yang memastikan para pelanggan mendapatkan produk halalan thoyyiba.
Az-Zain Halal Mart

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG PRODUK HALAL!

MAKLUMAN PERTUKARAN FACEBOOK PAGE EIMANI HALMART

https://www.facebook.com/eimanihalmart

Assalamu’alaikum kepada semua pelanggan eimani yang dihormati.

Kami bagi pihak eimani meminta jasa baik anda untuk like dan follow page baru kami di atas

pihak FB tidak meluluskan kebenaran untuk menukar nama page ini kepada nama eimani halmart yang baru.

Untuk makluman, sebelum ini eimani halmart dikenali sebagai Iyamani G-mart berikutan founder kami Ustaz Muhd Sofi Eimani merupakan pelajar dan graduan dari negara Yaman.

Sebagai penambahbaikan kini Iyamani G-mart dikenali sebagai eimani Halmart yang akan memartabatkan produk2 Halal keluaran Muslim dan juga makanan2 sunnah.

Kami masih setia dan akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan2 setia kami insyaAllah.

p/s: Pelanggan yang dihargai, kami sedang mengumpul maklumat bagi menaiktaraf kualiti perkhidmatan. Mohon berikan komen atau cadangan kepada kami agar dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan anda melalui link berikut:

https://goo.gl/forms/87Quh4hM4qpIyqIs2

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping