BELACAN DMB PULAU AMAN, HALAL, UDANG SEGAR, TANPA PENGAWET DAN PEWARNA 1

BELACAN DMB PULAU AMAN, HALAL, UDANG SEGAR, TANPA PENGAWET DAN PEWARNA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tim pengurusan kami secara berkala akan mengunjungi usahawan yang kami dapati menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Kali ini kami ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk melihat sendiri pusat penghasilan belacan yang mendapat sijil halal JAKIM.

Keistimewaan Belacan dmb Pulau Aman ini adalah ia dihasilkan hanya menggunakan udang yang segar dan garam tanpa mencampurkan anak-anak ikan tak terpilih, bahan pengawet serta bahan pewarna.

Umum kita ketahui individu yang mengalami masalah resdung akan mengelakkan belacan kerana ia akan mendatangkan simptom gatal. Tetapi ia tidak berlaku kepada pengguna Belacan DMB Pulau Aman kerana penggunaan kualiti udang yang baik dalam proses penghasilan produk ini.

Tempat jemuran udang dan belacan yang bersih ini membuatkan kami yakin dengan produk ini tambahan mereka telah pun mendapat pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM. Produk belacan di pasaran ada yang gagal dalam menyediakan tempat jemuran yang bersih seperti ini. Jika dijemur di tempat terbuka dan di atas lantai, banyak aspek kebersihan berada di luar kawalan manusia.

Insya Allah sedikit masa lagi para pelanggan kami akan dapat menikmati belacan Halalan Thoyyiban di semua rangkaian outlet kami.

12273619_1288571911169662_7751788967654948934_o12235063_1288573904502796_6932656541243968918_n 11990628_1288573821169471_7991248306255874988_n 12232704_1288571984502988_7950504581297606075_o

12244343_1288574004502786_1914016490929913285_o

4 comments

    Hallo, dimana bisa beli belacan bakar dan belacan goreng ni?

    Terima kasih

    Bila nak buka cawangan di Bangi, Selangor.

      sudah ada cawangan az-zain di bangi. hubungi pejabat kilang 0387231720 untuk dapatkan maklumat pengedar berdekatan. harap maklum.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping