AzZainMart komited bantu usahawan IKS pasarkan produk

AzZainMart, peneraju kedai halal milik Yaqin Mart Sdn Bhd komited membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan memasarkan produk.

Pengurus Bahagian Pembelian AzZainMart, Nor Hidayah Jaludin berkata, AzZainMartbertindak sebagai platform yang membantu usahawan-usahawan IKS menempatkan produk mereka di premis tersebut.

Az-Zain Mart komited bantu usahawan IKS pasarkan produk

Katanya, setakat ini AzZainMart telah memiliki enam cawangan, terletak di Seksyen 15 Shah Alam; USJ Subang Jaya; Bandar Putra 2 Klang; Seksyen 27, Shah Alam; Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam; dan Subang Impian, SU5 Shah Alam yang beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

“Az-Zain adalah sebuah jenama bagi produk ayam yang dimulakan Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja sementara Yaqin Mart Sdn Bhd selaku pengedar. Sebagai permulaan, kami beroperasi dari rumah sekitar tahun 2007.

logo azzainmart

“Ayam Dr. Zainol adalah ayam organik, ia bebas suntikan hormon malah pemprosesannya juga tidak melibatkan sebarang bahan kimia.

“Apabila sambutan pelanggan semakin positif dan meningkat, syarikat menyewa sebuah premis di Shah Alam sekitar 2008.

“Setelah itu, syarikat semakin optimis dan komited mengembangkan perniagaan sebagai pemborong dan peruncit produk usahawan Muslim, produk sejuk beku, barangan kesihatan, penjagaan diri dan keperluan harian dengan mengekalkan jenama AzZainMart,” katanya.

Nor Hidayah berkata, antara jenama produk yang boleh di dapati di AzZainMart adalah Sufi, E-Man, Tepung Gandum Bidara, Al-Amin, Noraini’s, Shekin, Suffy dan Irfan.

“Produk ayam adalah produk utama AzZainMart. Namun, produk lain juga mendapat sambutan memberangsangkan.

“Bagi memudahkan pelanggan, produk ayam dan sejuk beku boleh didapati dengan datang sendiri ke enam cawangan premis kami. Kami turut sediakan khidmat penghantaran dengan kadar caj RM5 di sekitar Shah Alam. Tempahan boleh dibuat menerusi Facebook AzZainMart dan Instagram @azzainmart.

“Bagi produk lain, selain datang ke premis, pelanggan boleh dapatkannya menerusi platform kedai atas talian MyBazar Malaysia,” katanya sambil memberitahu, jualan menerusi platform kedai atas talian ini amat memberangsangkan.

Tambahnya, menjelang 2019 syarikat optimis membuka maksimum lima lagi cawangan melibatkan kawasan cadangan di Kajang dan Bangi setakat ini.

“Justeru, usahawan yang berminat bersama-sama kami boleh hubungi 013-3653934 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya sambil memberitahu setakat ini Az-Zain telah memiliki 100 ejen berdaftar yang aktif di seluruh negara dan menyasarkan bilangan ini meningkat seramai 50 orang menjelang akhir tahun ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!