Pada Tahun 2018, Ayam Bismi Serahkan Zakat 2018 Berjumlah RM140,000 kemudian pada tahun 2019, mereka telah meningkatkan jumlah bayaran zakat kepada RM200,000.

Syukur Alhamdulillah hasil jualan sepanjang tahun 2019 dapat juga disumbang kepada masyarakat.
Terima kasih juga kepada pembeli dan pelanggan Ayam Bismi. Anda juga merupakan sebahagian daripada penyumbang zakat pada tahun ini. – Ayam Bismi Segar Halal Suci
Bukan itu sahaja, sebanyak RM150,000 telah disumbangkan untuk menaiktaraf Masjid At-Taqwa.

Ayam Bismi menyumbang RM200,000 zakat pada tahun ini (2019) dan RM150,000 untuk menaiktaraf Masjid At-Taqwa.
Apabila kita sokong bisnes tempatan, komuniti setempat dapat limpahan manfaat.
Norizan Bin Sharif

Tanpa anda semua.. tak kan mampu kami menyumbang sebegini banyak – Mazlina Kamarudin MK
Alhamdulillah. Syukur dan tahniah kami di AzZainMart mengucapkan kepada pasukan Ayam Bismi.
Semoga lebih cemerlang pada tahun 2020 dan akan datang dan dapat beri manfaat lebih banyak kepada ummah.