fbpx

Adakah Anda Menambah Berat Ayam Selepas Proses?

VIV Asia Industri Ayam Daging – Pelajaran Baru

Viv-Asia-2019-logo

VIV Asia adalah platform antarabangsa terbesar untuk pengeluaran protein dan industri pemprosesan protein haiwan di Asia Tenggara yang diadakan setiap dua tahun di Bangkok, Thailand.

VIV Asia adalah platform pintu gerbang bagi pasaran baru Asia bagi para profesional dari seluruh Asia yang terlibat dalam menghasilkan dan memproses protein haiwan.

Adakah anda menambah berat ayam selepas proses?

Salah seorang dari penjual mesin pemprosesan ayam di VIV Asia yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini bertanya saya.

“Adakah anda menambah berat ayam selepas proses?”

Saya keliru dan bertanya

“Apa maksud anda?”

Dia menerangkan soalannya sekali lagi, kali ini beliau tukar cara bertanya

“Adakah air ditambah ke dalam daging ayam selepas diproses?”

Makin jelas soalan beliau, cuma saya keliru mengapa soalan begitu ditanya. Tanpa berfikir, saya menjawab

“Tidak, ianya sesuatu yang salah dalam urusniaga”

Dahi beliau berkerut, dan berkata

“But the whole industry is doing it, if you don’t do it, you cannot make money”.

Disini saya speechless tetapi kenyataan beliau telah membenarkan andaian saya selama ini.

Teknik Mendorong Air (Water Induced) adalah proses normal dalam industri

Penjual mesin ini berasal dari negara Eropah, dan bagi beliau ini adalah satu praktis yang biasa di dalam industri.

Mungkin ada lagi sebab saintifik yang saya tidak tahu, tetapi menjual ayam bersama berat air bukanlah sesuatu perkara yang baik untuk urusan muamalat.

Apa pula pendapat anda setelah melihat 2 produk di dalam foto yang ditambah 15% air garam?

Filet dengan 15% salt. Harga per kilo memang rendah dari yang 100% fillet.
Tertulis di bungkusan. Mengandungi 15% berat selain daging ayam. Murah untuk ayam, mahal untuk air. Mungkin sebagai perisa tambahan kepada ayam supaya rasa lebih keayamannya.

Maklum Balas Di Ruangan Komen

Tuan Yani Hardinata Hairuddin, adakah ini preservative yang digunakan dalam memproses ayam tersebut?

Norizan Bin Shari

isu preservatives tidak timbul untuk filet ayam kerana produk frozen mampu bertahan 2 tahun pada suhu beku, sama seperti produk yang ‘bergaram’.

Ya Sidi Yani Hardinata Hairuddin. Kebanyakan buat begini. Menipu dalam timbangan. Kalau tengok di kebanyakan kedai jual ayam, ayam akan direndam di dalam air.

Mior Fakhrullah Abdull Jalil

jika ia ada dalam deklarasi di bungkusan ia tidak dikategorilan sebagai menipu. Jika ia dibuat sorok2, itu masalahnya.

Ayam segar yang baru disembelih setiap hari biasanya akan diletakkan bersama ais (yg akan cair) untuk menyejukkan ayam.

Ia juga untuk memastikan kuman tidak aktif (kuman aktif melebihi suhu +-4°c) dan utk memastikan ayam tahan lebih lama.

Nur Amin Jamaludin

Benar. Suhu 4C yang paling selamat. Ais tujuannya jelas.

Polifosfat. Pengalaman sebelum ni ada pengeksport dari China menjadikan ianya amalan “wajib”.

Dari perundangan masih dibenarkan dengan kadar tertentu, antaranya bagi tujuan pengawetan.

Namun, ada pengusaha yang mengambil kesempatan untuk menambah berat ayam😌

Fadhli RahmanAbas

Kalau untuk panggang, atau grill, untuk lebih juicy dan tak kering bila di bakar atau grill, tips nya di brine dulu. Rendam dengan air bergaram.
.
Kalau yang tertera di packaging tu mungkin itu yang dimaksudkan rasanya tuan. 
.
Tapi tu dalam proses masak lah. Kalau dalam industri ayam mungkin lain

Fahrul Hilmi Misman

benda ni bukan pada industri besar je, kedai-kedai sembelihan pun sama, lepas sembelih, rendam dalam air

Muhamad Nazrul Yusoff

Direndam dalam ais, kita faham ia bertujuan untuk kekalkan kesegaran ayam dan mengelakkan pembiakkan bakteria.

Jika direndam dalam air dan ais bertujuan untuk menambahkan berat ayam, ia sudah dikira menipu dalam timbangan

Mohd Azray Azman
Artikel di atas diolah dari laman Facebook Yani Hardinata Hairuddin yang merupakan Pengarah Urusan Ladangku Maju Sdn Bhd.

Kesimpulan

Kami amat tegas dengan pendirian bahawa tindakan mendorong air atau “water induce” atau apa jua nama kaedah yang diberikan bagi tujuan menambah berat timbangan ayam seperti ini adalah menyalahi hukum syarak.

Larangan Mengurangkan Kadar Sukatan Dan Timbangan

Tindakan atau proses ini adalah salah satu dari perkara yang diharamkan islam dalam aktiviti perniagaan iaitu: Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini,  Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Sumber: e-muamalat.islam.gov.my

Justeru itu, kami berharap usahawan muslim khususnya tidak terlibat atau melakukan perubahan dalam aktiviti seperti ini.

Bagaimana dengan pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen dibawah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!