‘Hasil pemeriksaan mendapati, premis itu menjalankan perniagaan memproses ayam hidup tanpa lesen daripada DBKL‘ Kenyataan DBKL
Lantai dan dinding kotor dan berdaki hitam
Itu keadaan di sebuah premis memproses ayam tanpa lesen di Jalan Sungai Besi di sini, yang diserbu sebelum disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 2 pagi semalam.

Malah, premis itu juga didapati menumpahkan darah ayam, air buangan dan cecair kotor ke tempat awam termasuk longkang.
Tindakan sitaan pula dijalankan 22 anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

DBKL pada kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dijalankan hasil aduan diterima pihaknya menerusi Pusat Panggilan Setempat DBKL.
“Malah, premis itu juga didapati menggaji tiga pekerja warga asing membabitkan dua dari Bangladesh dan seorang dari India” katanya.

Menurut kenyataan, DBKL mengambil beberapa tindakan enam kompaun dan satu notis penutupan dalam operasi itu.
“DBKL mengeluarkan notis kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK 20(1)(b) akta sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen daripada DBKL serta menggaji pekerja warga asing.

“DBKL juga mengeluarkan notis kompaun di bawah UUK 23(1)(b) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, UUK 15(2) dan UUK 25(1)(b) akta sama kerana kesalahan pengedali makanan gagal mendapatkan suntikan tifoid, air buangan disalurkan terus ke longkang awam serta lantai dan dinding premis kotor dan berdaki hitam.
“Premis itu juga diambil tindakan sita serta ditutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976” katanya.
Sumber: Metro Ahad bertarikh 12 September 2020
Apakah Produk Ayam Yang Suci, Bersih Selamat Serta Mengikut Garis Panduan?
Sebagai orang Islam, kita wajib memilih bahan masakan dan makanan yang bersih dan juga halal.
Di AzZainMart kami menjual produk bumiputera seperti Ayam Dr.Zainol. Tempah Home Delivery sekarang.
-
Dr Zainol Whole Leg MC Ayam 900g (Ada Tulang)RM23.30
-
Dr Zainol Chicken Fillet Ayam Daging 500gRM13.90
-
Dr Zainol Wing Roaster Ayam Daging 900gRM20.40
-
Dr Zainol Kepak Ayam Daging 900gRM21.60
-
Dr Zainol Dada Ayam Daging 900gRM20.40
-
Dr Zainol Peha Atas Ayam Daging 900gRM20.40
-
Dr Zainol Peha Ayam Daging (Drumstick) 900gRM21.60
-
Dr Zainol Ayam Kampung 1 Ekor (Potong 8)RM31.80