Bebola Daging Kottbullar Ikea

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 1

Selepas pembukaan gedung Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini, tular dikatakan bebola daging yang dijual di restoran tersebut mengandungi babi.

Berdasarkan gambar yang tular itu, dipaparkan ‘pork’ sebagai isi kandungan produk bebola daging Kottbulaar.

Medan Selera IKEA Tak Mohon Sijil Halal JAKIM

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 2
Kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkenaan Medan selera IKEA tidak memohon sijil halal JAKIM dikeluarkan oleh Berita Harian

Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM pula mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian seperti berikut:

Semakan kami mendapati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah membuat semakan terhadap restoran berkenan.

Bagi status halal restoran itu, kami mengesahkan bahawa sehingga kini restoran berkenaan bukan pemegang sijil halal JAKIM.

Untuk makluman, pensijilan halal buat masa ini adalah bersifat suka-rela.

Jika syarikat tidak membuat sebarang permohonan sijil halal, logo halal tidak boleh digunakan dan dipamerkan di premis mereka.

Justeru, kuasa pengguna penting bagi memastikan restoran dan premis yang kita kunjungi mempunyai status pemegang sijil halal Malaysia.

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 3

Bebola daging Kottbullar halal – Ikea

Ikea Malaysia pula membuat kenyataan pada 18 Mac 2019 bahawa produk bebola daging Kottbullar yang dijual di stor berkenaan halal dan diperbuat daripada daging lembu.

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 4

Produk Dapat Pengesahan Sijil Halal JAKIM

Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun katanya, terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweeden, Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam Kottbullar.

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 5

Semua Produk Dimasak Dengan Produk Yang Mendapat Pengesahan Sijil Halal JAKIM

“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.

“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih.

Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan.

sumber: Utusan

Semakan Kami Di Direktori Halal JAKIM

Seterusnya, kami membuat semakan status halal produk di http://www.halal.gov.my bagi kata carian berikut:

  • Kottbullar
  • Ikea
Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 6

Malangnya tidak mengeluarkan apa-apa rekod.

Sekiranya produk bebola daging kottbullar ini sudah mendapat sijil halal JAKIM, kemungkinan ia didaftarkan dengan nama yang berbeza dengan carian yang kami cari.

Kemaskini Carian Di Halal Malaysia Directory

Kami menerima maklumat bahawa Bebola Daging KottBullar Ikea ini dikilangkan oleh Macfood Services (M) Sdn Bhd.

Semakan kami sekali lagi di laman halal JAKIM dengan kata carian Macfood menjumpai senarai panjang produk-produk dari syarikat ini yang juga membekalkan kepada restoran popular di Malaysia seperti McDonald, Subway dan juga IKEA.

Was-was Dengan Bebola Daging Kottbullar Ikea? Ini Alternatif Bebola Daging Halal 7
Tarikh luput sijil halal Bebola Daging Kottbullar IKEA tamat pada 30/09/2020.

Alternatif Bebola Daging Halal

Sekiranya anda ragu atau was-was berkenaan produk bebola daging Kottbullar ini, kami mencadangakan beberapa produk bebola daging premium yang telah disahkan halal JAKIM seperti berikut:

Prima Beef Meatball

Prima Beef Meatball 1kg

Bebola daging Prima ini memang kategori premium. Tengok sahaja harganya. Walaubagaimanapun, produk ini masih ada peminat setianya.

Armiya Bebola Daging

Bebola Daging Armiya juga boleh dicuba bagi alternatif bebola daging halal.
Walaupun harganya lebih rendah berbanding bebola daging Prima, kualiti dan rasanya berbaloi dengan harga.

Selain itu, anda juga boleh mencuba jenama lain di pasaran seperti HS Nada.

Moga perkongsian kami ini membantu anda mencari alternatif bebola daging halal selain dari Bebola Daging Kottbullar IKEA.

Kongsikan artikel ini jika bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping