Siasatan aduan Viral Restoran BBQ Steamboat di Ipoh telah dijalankan oleh KPDNHEP Perak.
Tarikh Dan Masa
29.12.2018 @ SABTU
4.00 PETANG
LOKASI/PREMIS:
Restoran MP BBQ Steamboat No 104 Jalan Sultan Abdul Jalil Greentown
PEMERIKSAAN PREMIS PERNIAGAAN MELIPUTI
Susulan aduan orang awam berkaitan dengan sebuah Restoran yang menyajikan makanan halal pada orang islam.
HASIL PEMERIKSAAN
Pemeriksaan telah dijalankan keatas Restoran tersebut pada 29.12.2018
Hasil pemeriksaan terhadap Restoran tersebut yang dimiliki oleh orang cina telah membuat representasi atau mengelirukan dengan memaparkan penandaan SURAU (penyediaan tempat solat kepada orang islam) beserta simbol “No Pork & No Alcohol” sedangkan hasil pemeriksaan menjumpai vinegar yang disyaki mengandungi WINE didapur dan digunakan untuk memasak restoran tersebut.
Hasil maklumat yang diperolehi dari pemilik gerai makanan tersebut menyatakan pernah membuat permohonan untuk mendapatkan sijil Halal dari JAIPk tetapi ditolak pada 2014.
Satu tindakkan kes telah diambil dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 terhadap Restoran tersebut.
Potensi Kesalahan:
Per. 4(1)(2) PPD(Tarif Halal) 2011, Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
#viralbpgk
#FAQbpgk
Sumber: Laman FB Nforcteam Kpdnhep