logo az zain mart with social media small

Salam Maal Hijrah Dari AzZainMart

Hijrah Dan Apa Pembaharuan Kami Di AzZainMart

Tanggal 1 Muharram merupakan tarikh bermulanya tahun baru bagi umat Islam. Sempena tarikh yang baik ini, kami di AzZainMart ingin menguar-uarkan sedikit perkembangan dan perancangan kami di sini yang berkaitan dengan kemudahan dan keselesaan para pelanggan.

site icon azzainmart 300px
Logo AzZainMart

1. Kami telah melancarkan laman web baru dengan domain https://azzainmart.com.

Laman ini akan kami bangunkan dengan objektif menjadi rujukan produk halal, direktori perniagaan halal dan hal-hal semasa berkaitan produk halal khususnya produk muslim.

Sekiranya tuan/puan menghasilkan produk halal dan ingin memasukkan ke dalam direktori perniagaan di laman web ini, boleh hubungi kami.

2. Di dalam website yang sama, kami telah memasang fungsi e-commerce.

Kami sedang melancarkan laman pembelian khas untuk Home Delivery, yang mana khusus untuk produk frozen dan juga bahan-bahan kering yang lain.

Tuan dan Puan boleh layari di sini: https://azzainmart.com/index.php/shop/

Produk masih belum ditambah kesemuanya tetapi kami akan pastikan laman ini akan menjadi rujukan kepada semua pelanggan setia kami yang selalu mengambil perkhidmatan home delivery dari kami.

Promosi Free Delivery boleh diperoleh dengan memasukkan kod kupon AzZainMart.

Kami berharap tuan/puan ambil maklum bahawa laman ini masih dalam fasa ‘testing’.

Jadi sekiranya ada sebarang kelemahan dan kekurangan boleh ajukan kepada kami di komen di bawah, atau mesej kami di inbox atau di talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173.

3. Pendaftaran Pelanggan Berdaftar.

Di semua 6 outlet, kami sedang rancak mendaftarkan para pelanggan ke dalam sistem jualan kami bagi memastikan semua yang berdaftar memperoleh faedah seperti berikut:

  • Kupon RM5 sempena hari lahir.
  • Maklumat diskaun khas.
  • Penangguhan kenaikan harga.
  • Jemputan ke aktiviti anjuran AzZainMart.

Faedah-faedah tersebut merupakan sebagian dari yang kami rancangkan sebagai menghargai sokongan pelanggan-pelanggan yang setia menyokong kami dengan menjadi Pelanggan Berdaftar AzZainMart.

Sebarang pendaftaran hanya dibuat di kaunter jualan outlet. Hanya Nama dan No. Telefon sahaja diperlukan.

Seterusnya pihak kami akan hubungi semula untuk mendapatkan maklumat tarikh lahir.

4. Pestrukturan organisasi dengan penambahan ahli keluarga AzZainMart.

Bermula 2 minggu lepas kami sudah menjalankan beberapa kali sesi temuduga bagi menambah baik dan membuka jawatan kosong.

Maklumat jawatan kosong boleh lihat di sini: Iklan Jawatan Kosong AzZainMart Ogos 2018

Permohonan boleh dibuat melalui arahan yang diberikan di iklan jawatan kosong atau hubungi di talian 013-7195173.

Selain dari jawatan tetap, kami juga sudah menerima permohonan Latihan Industri atau Internship. Walaubagaimanapun kami sudah menerima permohonan yang mencukupi hingga bulan Mac 2019.

Setakat ini saja perkembangan kami di AzZainMart. Kami berharap usaha kecil kami dalam meluaskan pasaran produk halal ini semakin diterima masyarakat.

Semoga dengan tarikh 1 Muharram ini kita sama-sama maju ke hadapan, sama-sama menambah baik amalan dan sama-sama memberi manfaat kepada orang lain.

Insya Allah!

Sekiranya tuan dan puan ingin mengikuti kami di laman sosial, kini kami sudah berada di Facebook, Instagram, Twitter, Google+ dan Youtube.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping