Artikel ini dikeluarkan oleh Utusan Online pada 26 Februari 2015 di bawah tajuk Pengusaha Sayur Pucuk Bumiputera
BUKIT MERTAJAM 25 Feb. – Sayur pucuk biasanya menjadi ramuan utama dalam penyediaan sup sayur atau boleh juga dimasak lemak, ditumis air atau pelbagai lagi resipi yang menyelerakan.
Namun begitu agak sukar untuk mendapatkan sayur pucuk yang diusahakan oleh golongan bumiputera dan tidak diragui status kebersihannya.
Menyedari hakikat itu, Hasdey Saidin, 40, berusaha mengekalkan perusahaan membuat sayur pucuk di Tanah Liat dekat sini, yang diwarisi sejak dua generasi lalu.
Menurutnya, perusahaan membuat sayur pucuk itu dimulakan oleh datuknya, Husain Mahmud yang belajar daripada rakan-rakan kaum Cina pada awal tahun 80-an lalu.
“Perusahaan itu kemudiannya diwariskan kepada bapa saya, Saidin Husain sebelum saya mula mengambil alih perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu.
“Kini berkat kesabaran, sayur pucuk keluaran keluarga saya telah berjaya menembusi pasaran sehingga ke Melaka, Selangor, Perak dan beberapa kawasan sekitar negeri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.
Hasdey menambah, disebabkan proses pembuatannya yang sedikit rumit, tidak ramai golongan bumiputera berani menceburi perusahaan itu dan dipercayai di negeri ini, dia satu-satunya pembekal sayur pucuk bumiputera.
Katanya, proses pembuatan sayur pucuk memerlukan banyak kesabaran kerana mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk disiapkan bermula daripada proses merendam kacang soya sehingga diangkat dan dijemur.
Jelas Hasdey, setiap hari sebanyak 130 kilogram (kg) kacang soya berkualiti yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicampur dan digunakan untuk menghasilkan kira-kira 30 hingga 32 kg sayur pucuk (kering).
“Proses pembuatan bermula dengan kacang soya direndam semalaman sebelum di mesin sehingga hancur dan kemudian diperah untuk mendapatkan patinya.
“Pati itu kemudian dimasak di atas dapur yang menggunakan kayu api sehingga mendidih sebelum muncul lapisan yang dipanggil ‘kepala’ iaitu lapisan kuning soya itu yang diangkat dan disidai secara berhati-hati pada kayu panjang.
“Kepala ini akan muncul setiap 12 hingga 15 minit sehingga rebusan soya itu kering sepenuhnya,” ujar Hasdey.
Harga Sayur Pucuk bergantung kepada kacang soya
Tambahnya, biarpun bahan asas membuat sayur pucuk ialah kacang soya dan natrium karbonat namun harga pasaran kacang soya yang semakin meningkat menyebabkan proses pembuatan sayur pucuk agak mencabar.
Kata Hasdey, kacang soya import yang digunakannya hari ini berharga RM119 bagi 50 kg berbanding RM43 hingga RM47 (pada kuantiti sama) pada tahun 80-an.
Cabaran lain ialah kacang soya itu tidak boleh direndam terlalu lama kerana boleh mengakibatkannya menjadi masam selain boleh berkulat sekiranya tidak kering dengan sempurna ketika dijemur.
“Saya juga menghadapi cabaran dengan bekalan kayu api yang semakin mahal sekarang dan agak sukar mendapatkan kayu api yang elok.
“Apa pun semua perkara itu tidak menjejaskan semangat saya untuk mengeluarkan sayur pucuk yang mampu menyaingi keluaran kaum lain dan masuk ke pasaran tempatan,” katanya.
Hasdey bertuah kerana mendapat bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dalam aspek pemasaran serta pembungkusan produk serta bimbingan daripada Jabatan Pertanian.
Pada masa depan, dia juga berhasrat untuk membesarkan kilang miliknya serta mencari lokasi yang lebih selesa kerana kini menjalankan perusahaan itu di sebelah rumahnya.
Klik untuk lihat lokasi kedai Az-Zain berdekatan anda!
Ingin membeli produk yang dijual di kedai Az-Zain secara online? Klik gambar di bawah!

assalamualaikum saudara
kalau saya nak mohon tenaga pengajar untuk buat demo atau kursus cara pembuatan fucuk boleh?
saya dari KEMAS Parlimen Jerlun… Sebenarnya memang ada peserta yang berminat untuk mengikuti kursus pembuatan fucuk ini.Bagaimana caranya untuk saya mohon pihak tuan untuk datang beri tunjukajar cara membuat fucuk.
azam jerlun
waalaikumussalam. maaf perlu berurusan dengan pihak kilang ni
suhun buat sendri juga ka..sb teknolgi kita belum ada d mlysia
kami hanya menjual fucuk sahaja
di negeri sabah (kota kinabalu) ada hantar dekat mana mana supermarket ka
Maaf kami tiada maklumat bagi soalan tersebut.
Assalamualaikum
Saya mempunyai impian untuk mengusahakan pembuatan tempei sekala sederhana..jika tidak keberatan boleh saya dapatkan pembekal kacang soya yang bersesuaian dengan pembuatan tempei.
Maklumbalas pihak Tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Waalaikumussalam. kami cuma wakil jualan untuk produk ini. tuan mungkin perlu cari individu/syarikat yang lebih sesuai.
assalammualaikum,
saya menyimpan impian untuk menjalankan perniagaan membuat fuchuk,
pernah buat secara kecil-kecilan dengan skala 2 kg soya.
[email protected]
tel : 0103208968
Waalaikumussalam. alhamdulillah. teruskan tuan. perniagaan fucuk masih rendah diusahakan oleh orang islam di malaysia. hubungi kami jika tuan mahu kami mengedarkan fucuk keluaran tuan.
di selangor ada di az zain di shah alam ni lah ye
waalaikumussalam. hubungi 0387231720 pada waktu pejabat untuk dapatkan maklumat pengedar berdekatan. harap maklum.
Di lembah Klang terdapat lebih 10 cawangan Az-Zain. Shah Alam ada 2 tempat, USJ, Bandar Putera 2 Klang, TTDI Jaya, Bandar Rahman Putra Sungai Buloh, Damansara, Banting, Bangi, Wangsa Melawati KL, Setiawangsa KL, Rawang dan banyak lagi.