Pemeriksaan bersepadu di Restoran Ameer Corner Shah Alam

Pemeriksaan Bersepadu Di Restoran Ameer Corner Shah Alam

Tarikh pemeriksaan: 6/1/ 2019

Tempat : Restoran Ameer Corner, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.

Anggota pemeriksaan:
1)3 orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal, JAIS
2)6 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor

Pp Ziyad
Pp Liyana
Ppp Shahrul Izuan
Pmp Tk Norazman
Pmp Amer
Pmp Firdaus
Pemandu – En Rahman

3)4 org Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS

Ringkasan keterangan siasatan:

Pemeriksaan bersepadu telah dijalankan di Restoran Ameer Corner di Shah Alam pada jam 11.00 pagi berdasarkan atas maklumat yg tular di laman sosial (whatsapp) dan facebook ke atas premis yg pemiliknya bukan islam tetapi mengelirukan masyarakat islam dengan menggantung ayat-ayat al- quran.

Hasil pemeriksaan mendapati:
1)merujuk kpd SSM premis mendapati premis dimiliki oleh 2 pemilik iaitu seorang beragama Islam dan seorang beragama Hindu.
2)kesemua pekerja beragama Hindu termasuk tukang masak dan hanya 2 pekerja Islam.
3)kebersihan premis di tahap sangat tidak memuaskan dan terlalu kotor di bahagian pemprosesan.
4)bahan mentah, pingan mangkuk, bekas minuman, peralatan memasak diletakkan terus di atas lantai.
5)lantai berlubang dan pecah. Juga terdapat lubang terus ke longkang di bahagian dapur.
6) lantai terlalu berminyak dan tidak mempunyai gris trap.
7)kebanyakan peralatan di dapur terlalu kotor dan berdaki.
8) produk daging kambing didapati drpd pembekal yg tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel
9)papan tanda premis menggunalan tulisan jawi (mengelirukan)
10)menjual rokok di kaunter
11)menggantung ayat Quran di belakang kaunter dan di sebelah ayat Quran terdapat bungkusan kuning yg tergantung dipercayai (pooja) iaitu alatan utk upacara sembahan
12) menggunakan produk yg menggunakan logo halal yang tidak sah di kawasan proses
13)menjual produk makanan yg menggunakan logo halal generic

Semasa pemeriksaan telah mendapatkan keterangan daripada seorang pengurus premis. Kedua2 pemilik tiada di premis.

Tindakan penguatkuasaan
1)wakil premis diarahkn utk menutup tulisan jawi pada papan tanda premis
2)wakil premis diarahkan serta merta utk tidak menjual produk makanan yg menggunakan logo halal generic
3)premis diarahkan utk menurunkan dan tidak menggunakan ayat quran di premis sehingga memiliki sijil halal
4)premis diarahkan utk mendapatkan pembekal daging yg mempunyai sijil halal
5)perkara 1 hingga 4 perlu dipatuhi dlm tempoh 7 hari dan jika gagal tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan(Takrif Halal) APD 2011 akan diambil
6)pemilik premis diarahkan hadir ke Bahagian Pengurusan Halal JAIS pd 7/1/19 utk memberi keterangan.
7)tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina utk tindakan pendakwaan.

Sumber laporan- JAIS

Pemeriksaan bersepadu di Restoran Ameer Corner Shah Alam Pemeriksaan Bersepadu Di Restoran Ameer Corner Shah Alam 1 Pemeriksaan Bersepadu Di Restoran Ameer Corner Shah Alam 2

==============================
Kami tidak dapat menghubungi pegawai JAIS berkaitan untuk mengesahkan laporan di atas tetapi berdasarkan perbualan dengan pegawai yang lain mengesahkan pemeriksaan memang berlaku dan menjumpai tangkal di premis tersebut.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping