Parabella Ice Cream : Pandangan Kami 1

Parabella Ice Cream : Pandangan Kami

Hari ini kami ingin kembali berkongsi mengenai Parabella Ice Cream. Seronok kami melihat sudah kebanyakan kedai berkonsep ‘Halal Mart’ sudah menjual produk parabella berdasarkan senarai pengedar yang ditunjukkan.

Apakah istimewa dengan Parabella Ice Cream?

Mereka menghasilkan aiskrim premium. Lembut teksturnya menghasikan aiskrim yang berkualiti tinggi sesuai dengan harga.

Mereka telah mendapat pelbagai pengiktirafan seperti Halal JAKIM, MeSTI dan GMP.

Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk mematuhi standard pembuatan makanan halal di Malaysia, malah ia menunjukkan produk yang dihasilkan orang islam juga boleh sebaris berdiri sama kualiti dengan produk terkenal di pasaran.

Produk mereka yang terbaru adalah aiskrim durian. Ia tidak menggunakan perisa durian. Tetapi menggunakan isi durian sebenar dari gred D24. Kita sedia maklum harga durian ini di pasaran.

Jadi jangan terkejut dengan harga aiskrim durian parabella ini. Kami lupa tentang harga apabila menikmati aiskrim durian parabella yang lazat.

Bagi kaca mata kami, inilah contoh usahawan muslim yang kami harap dapat menjadi ikutan kepada yang lain. Mereka sentiasa memperbaiki mutu produk dari semasa.

Kami berpendapat, penghasilan produk yang berkualiti dapat menambah keyakinan para pelanggan khususnya dari umat islam untuk membeli produk usahawan muslim.

Mudah-mudahan usaha kita semua diberkati dan diredhai Allah. Insya Allah.

308553_566523490176774_4119460997609169335_n

2 comments

    adakah pihak tuan membekalkan ice cream ini di kedai runcit?
    Saya ada minimart di No. 21 A, JALAN SEROJA 1/1, SG LALANG, SUNGAI PETANI, KEDAH

      maaf tiada. mohon hubungi terus pihak parabella.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping