nordin ibrahim

Mengelirukan Pengguna Dengan Status Halal? Denda RM1juta-RM5juta Dan Penjara Tiga Tahun

PUTRAJAYA: Mana-mana badan korporat yang didapati bersalah kerana mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda sehingga RM5 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

nordin ibrahim

sumber gambar: NSTP

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu telah dinyatakan dalam Perintah Keterangan Perdagangan (Tarkrif Halal) 2011.

“Sekiranya kesalahan itu dibuat oleh individu, pihak yang dihukum boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau mengingatkan para pedagang dan usahawan agar lebih sensitif apabila membangunkan perniagaan untuk memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata pengguna juga perlu berhati-hati dengan memilih premis yang telah disahkan sebagai halal.

Mohamad Nordin mengulas mengenai presiden Persatuan Pengendali Makanan Malaysia Muslim (Wilayah Permas) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Ayob Abd Majid yang mencadangkan agar Jakim mengenakan syarat mandatori kepada pemilik restoran dan pengendali untuk mendapatkan sijil halal terlebih dahulu sebelum memulakan operasi mereka.

Beliau berkata Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) merupakan usaha sukarela seperti Perintah Penerangan Perdagangan 2011 dan Perintah Perihalan Perdagangan (Takrif Halal) 2011.

Setakat ini, tiada peraturan yang memerlukan mana-mana pengendali dan pemilik premis makanan untuk mendapatkan SPHM sama ada dari Jakim, atau Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri, katanya.

“Cadangan untuk keperluan mandatori pensijilan halal ke semua premis makanan akan memerlukan maklum balas daripada pelbagai pihak,” katanya.

Mohamad Nordin juga menasihati semua pengendali restoran dan pengeluar produk makanan untuk mendapatkan sijil halal dari Jakim bagi memastikan makanan yang dijual adalah halal serta meningkatkan keyakinan pengguna. – Bernama

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping