Dalam surah al-Baqarah ayat 57:
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ
“Dan kami payungi kami dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu ‘manna dan salwa’…”.
Gam Arab Al Manna asalnya dari negara Sudan yang dihasilkan daripada getah pokok acacia, mampu mengubati pelbagai jenis penyakit dan memberi banyak manfaat terhadap kesihatan.
Disebabkan gam Arab itu sendiri adalah 100 peratus prebiotik serta mengandungi fiber yang terlarut, maka ia menjadi pilihan pihak Hospital Pakar Kanak-Kanak di Sudan untuk merawat kanak-kanak mengalami masalah penghadaman dan sakit perut.
Selain itu, kandungan mineral dan kalsium tertinggi di dunia yang terdapat dalam gam Arab itu juga bagus untuk kesihatan tulang, sekali gus amat sesuai untuk pembesaran kanak-kanak. Seperkara menarik, tiada kesan sampingan buruk terhadap kesihatan biarpun pengambilannya dibuat tanpa sukatan.
SAKINAH MOHD. ZAKIR
Nilai, Negeri Sembilan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/manfaat-gam-arab-terhadap-kesihatan-1.291102#ixzz4h635pixD
Klik disini untuk lihat produk-produk yang ada ramuan Gam Arab .