Majlis Pembukaan AzZainMart Subang Impian
SUBANG IMPIAN- Pada hari Sabtu (3/2/2018) Majlis Pembukaan cawangan kami yang ke 6 telah diadakan bertempat di hadapan AzZainMart Subang Impian. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah berjaya dilakukan bersama para pengunjung yang hadir pada majlis pembukaan ini dengan anggaran seramai 700 orang.
AzZainMart Subang Impian telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Yaqin Mart Sdn Bhd untuk menguruskan cawangan ini. Dengan ini, Yaqin mart Sdn Bhd telah menguruskan 6 buah kedai halal mart iaitu AzZainMart Shah Alam, AzZainMart USJ Subang Jaya, AzZainMart Bandar Putera 2, AzZainMart Seksyen 27 Shah Alam, AzZainMart Alam Budiman dan AzZainMart Subang Impian.

Dengan membawa visi syarikat untuk menjadi pengedar utama produk halalan thoyyiba yang dipercayai dan diyakini bagi kawasan Lembah Klang berkonsepkan Halal Mart. Program seumpama ini adalah salah satu usaha kami bagi mencapai visi dan misi syarikat dengan memperkenalkan jenama tempatan yang halalan thoyyiba.

Hasil temu ramah dan perkongsian dari pelanggan kami sebelum ini, ada yang terkejut kerana tidak tahu ada banyak produk halal tempatan yang setanding dan lebih berkualiti dari produk di pasaran.
Produk-produk ini sebahagian besar sudah boleh memenuhi keperluan seharian yang merangkumi, makanan, minuman, pencuci dan lain-lain lagi.
62 Orang Menderma Darah
Antara aktiviti yang mendapat sambutan para pengunjung adalah derma darah anjuran Pusat Darah Negara (PDN). Derma darah dilakukan di dalam bas yang sangat selesa. Ketika majlis ini berlangsung seramai 80 orang telah mengisi borang dan hanya 62 orang sahaja layak untuk derma darah.


Sepanjang majlis ini berlangsung 1000 kuih yang ditaja oleh para pembekal telah dihidangkan kepada para pengunjung yang hadir. Sebanyak 30 hadiah cabutan bertuah telah diberi kepada pelanggan yang bertuah . Selain daripada itu, para pengunjung juga diberi kesempatan untuk menikmati pelbagai produk yang ada dijual di kedai kami. Cenderahati telah diberi kepada semua pengunjung yang hadir.
Aktiviti Mewarna Disertai Pelbagai Kaum
Tidak kurang hebat juga sambutan untuk aktiviti pertandingan mewarna anjuran Irfan kerjasama dengan AzZainMart Subang Impian. Seramai 57 kanak -kanak yang berumur 7 tahun – 12 tahun telah menyertai pertandingan mewarna.


Seterusya pada pukul 10.00 pagi, kehadiran anak yatim dari Instititut Taufiq Islami telah diraikan bersama-sama bagi memeriahkan lagi susana majlis perasmian tersebut. Seramai 20 orang anak yatim telah diberi sumbangan oleh Miwa Jelly, Bihun Sufi , Irfan dan Yaqin Mart Sdn Bhd.


Majlis Pembukaan AzZainMart Subang Impian ini telah tamat pada pukul 3.00 petang . Dengan ini , kami berhasrat untuk menambah enam cawangan lagi dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memenuhi permintaan pengguna Muslim di sekitar Lembah Klang.
Untuk Pembukaan AzZainMart Subang Impian kali ini telah mendapat perhatian wartawan Sinar Harian. Artikal mengenai ini, boleh klik link dibawah.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/cawangan-baharu-az-zain-1.794292