Rempah Cap O (3)

Lawatan ke Kilang Rempah Cap O

REMPAH CAP O

Rempah Cap O cukup sinonim dengan orang Kedah. Asal nama Cap O adalah daripada pengasas kilang ini iaitu Che Olah yang beroperasi di Kubang Rotan, Kuala Sungai, Alor Setar Kedah.

Semasa kecil, kerap kali emak menyuruh saya ke kedai membeli rempah untuk dibuat gulai. Pesan emak, nanti beli Rempah Kari Cap O.

Anak-anak Kedah yang membesar di era 80 an dan 90 an begitu dekat dengan rempah ini.

Selepas beralih tangan, terdengar desas desus bahawa rempah Cap O dimiliki oleh bukan Islam. Bahkan saya sendiri menganggap bahawa rempah Cap O dimiliki oleh orang bukan Islam. Bagi penggemar gulai melayu utara, sudah tentu rempah yang dibeli bagi tujuan memasak gulai adalah ramuan orang Melayu kerana mahukan citarasa Melayu. Kesannya jualan Rempah Kari Cap O merudum kerana maklumat salah tersebut.

Sehingga hari ini, apabila disebut tentang rempah Cap O ramai yang mengatakan mereka mula meninggalkan menggunakan serbuk rempah kari Cap O kerana dimiliki oleh orang bukan Islam.

Persoalan tersebut terjawab sehingga saya menghadiri jamuan berbuka puasa syarikat Permintex bersama Dato’ Sri Mohd Zin yang merupakan pemilik sebenar kilang serbuk kari rempah Cap O. Turut bersama pada malam tersebut adalah En Gulam Azhar, CEO Maker Recipe iaitu syarikat yang mengeluarkan serbuk Kari Cap O.

Hari ini, En Gulam Azhar menjemput kami daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk berkongsi pandangan berkaitan dengan kaedah pemasaran untuk meningkatkan jualan serbuk Kari Cap O.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak perkongsian bersama En Gulam, En Patah dan En Zhafran bagi tujuan meningkatkan jualan serbuk kari Cap O.

Bacaan lanjut: Rempah Kari Cap O

Perkongsian ini adalah untuk membantu anak syarikat dibawah Kumpulan PERMINTEX (Primelux Energy) yang merupakan penyumbang zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Semoga rempah Cap O terus maju dan menjadi salah sebuah syarikat pembayar zakat terbesar di Kedah.

Untuk tempahan boleh hubungi En Gulam Azhar CEO Rempah Cap O ditalian 0197014001‬.

Sumber: Artikel ini diambil dari Facebook Faisal Mustafa yang bertugas di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Kini anda boleh membeli secara online di sini

22 comments

    saya tinggal di taman setiawangsa dimana boleh saya perolehi serbuk kari ikan cap O

      boleh cuba dapatkan di halal mart yang berdekatan

      Pasar awsn putrajaya presint 16 ada.

      Kami akan saport product muslim Inshaallh

    Assalamualaikum… Sy nk suply serai ke kilang rempah ni blh tak… Mcmna urusan yg perlu sy lakukan

      waalaikumussalam. boleh contact kilang terus

    Pengasas di che olah la….mungkin dah bertukaq tangan kot.

      wallahua’lam. yang penting sekarang masih usahawan muslim juga

    Ada x stok di kubang rotan yg saya bolh bli dgn harga kilang?

      maaf, kami pengedar bagi kawasan lembah klang sahaja.

        assalamualaikum, boleh ke encik hubungi saya. sbb saya nak tanya lebih lanjut. kalau nak beli 2 kotak untuk goodies majlis perkahwinan. boleh ke? mcm mne kira harga kalau borong ye?

          waalaikumussalam. maaf buat masa ni kami belum dapat stok

    ada penghantaran barang2 ke rumah.saya di puteajaya.

      buat masa ni kami belum cover putrajaya. insya Allah bila buka di Puchong nanti kami akan maklumkan.

    Kilang di bukit kayu hitam sebelah kilang acm ke? Boleh ka nak pergi beli di kilang terus? Waktu operasi kilang bila?

      boleh cuba hubungi mereka tuan.

    Mana saya hendak dapat Jenama INI di ipoh

      Boleh hubungi nombor yang kami sertakan di artikel di atas

    Biar betul ? Berpuluh tahun org melayu boikot. Bukan owner nama olah ke?

      mungkin maklumat tidak tepat

    Saya mmerlukan serbuk jintan manis,jintan putih dan ketumbar…saya pembuat satay…adakah pihak kilang boleh bekalkan

      maaf kami tiada produk tersebut

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping