fbpx

Lawatan ke Kilang Rempah Cap O

REMPAH CAP O

Rempah Cap O cukup sinonim dengan orang Kedah. Asal nama Cap O adalah daripada pengasas kilang ini iaitu Che Olah yang beroperasi di Kubang Rotan, Kuala Sungai, Alor Setar Kedah.

Semasa kecil, kerap kali emak menyuruh saya ke kedai membeli rempah untuk dibuat gulai. Pesan emak, nanti beli Rempah Kari Cap O.

Anak-anak Kedah yang membesar di era 80 an dan 90 an begitu dekat dengan rempah ini.

Selepas beralih tangan, terdengar desas desus bahawa rempah Cap O dimiliki oleh bukan Islam. Bahkan saya sendiri menganggap bahawa rempah Cap O dimiliki oleh orang bukan Islam. Bagi penggemar gulai melayu utara, sudah tentu rempah yang dibeli bagi tujuan memasak gulai adalah ramuan orang MelayuΒ kerana mahukan citarasa Melayu. Kesannya jualan Rempah Kari Cap O merudum kerana maklumat salah tersebut.

Sehingga hari ini, apabila disebut tentang rempah Cap O ramai yang mengatakan mereka mula meninggalkan menggunakan serbuk rempah kari Cap O kerana dimiliki oleh orang bukan Islam.

Persoalan tersebut terjawab sehingga saya menghadiri jamuan berbuka puasa syarikat Permintex bersama Dato’ Sri Mohd Zin yang merupakan pemilik sebenar kilang serbuk kari rempah Cap O. Turut bersama pada malam tersebut adalah En Gulam Azhar, CEO Maker Recipe iaitu syarikat yang mengeluarkan serbuk Kari Cap O.

Hari ini, En Gulam Azhar menjemput kami daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk berkongsi pandangan berkaitan dengan kaedah pemasaran untuk meningkatkan jualan serbuk Kari Cap O.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak perkongsian bersama En Gulam, En Patah dan En Zhafran bagi tujuan meningkatkan jualan serbuk kari Cap O.

Bacaan lanjut: Rempah Kari Cap O

Perkongsian ini adalah untuk membantu anak syarikat dibawah Kumpulan PERMINTEX (Primelux Energy) yang merupakan penyumbang zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Semoga rempah Cap O terus maju dan menjadi salah sebuah syarikat pembayar zakat terbesar di Kedah.

Untuk tempahan boleh hubungi En Gulam Azhar CEO Rempah Cap O ditalian 0197014001‬.

Sumber: Artikel ini diambil dari Facebook Faisal Mustafa yang bertugas di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Kini anda boleh membeli secara online di aplikasi MyBazar!

MyBazar Az-Zain Shah Alam
Klik gambar untuk membeli barangan secara online!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelancaran Home Delivery di AzZainMart!. masukkan kod kupon azzainmart untuk dapatkan free delivery! Dismiss

Γ—

Cart