Kilang Fucuk Jijik Dan Meloyakan

Kilang Fucuk Jijik Dan Meloyakan – Operasi Penang Sihat 07/2018

Alert: Pastikan Anda Membeli Fucuk Diketahui Pembuatnya Dan Halal!

Operasi Penang Sihat Siri Bil. 7/2018

Jijik dan meloyakan merupakan keadaan yang dapat menggambarkan situasi semasa pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kilang dalam OPS Penang Sihat Bil.7/2018 di Daerah Seberang Perai Tengah baru-baru ini. Keadaan premis yang kotor dan berbau menjadi sarang penyebaran penyakit bawaan air dan makanan jika tiada tindakan diambil.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada operasi bertarikh 18 Oktober 2018.

=================

Ulasan Kami

Menerusi pemerhatian kami, kilang tersebut tidak mengeluarkan jenama sendiri. Berkemungkinan menjual secara runcit dan peruncit menggunakan jenama sendiri.

Perkara seperti ini banyak kami terima daripada mereka yang ingin menjual produk di AzZainMart.

Kami dengan keras menolak kerana penjual tersebut tidak mempunyai kawalan dan tanggungjawab terhadap produk, malah ada yang tak pernah mengunjungi tempat penghasilan produk yang mereka jual.

Biarlah produk tersebut banyak permintaan daripada pelanggan kami dari kami menjual sesuatu yang kami sendiri tidak yakin dengan produk tersebut seperti Fucuk dan suhun ini.

Semoga sama-sama ambil cakna makanan yang kita beli dan makan.

Pililah produk halalan thoyyiba!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping