Kecewa Lesong Didakwa Dimilik Orang Bukan Islam

Kecewa Lesong Didakwa Dimiliki Orang Bukan Islam

Kecewa Lesong Didakwa Dimilik Orang Bukan Islam

Shah Alam: Sebuah syarikat pengeluar minyak masak milik Bumiputera kesal selepas produknya itu didakwa dimiliki oleh orang bukan Islam.

Pemilik Helang Gagah Group Sdn Bhd, Datuk Mohamad Zaini Md Taha, 41, berkata, beliau dan isterinya yang juga pemilik bersama iaitu Datin Nur Bazilah Ahmad, 34, sudah hampir lima tahun mengeluarkan minyak masak cap Lesong itu.

“Saya hanya mengetahui perkara ini sejak semalam apabila ramai pemborong serta pelanggan minyak masak kami mahukan penjelasan lanjut berhubung mesej yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya sangat terkejut dengan dakwaan yang mengatakan produk minyak masak yang saya usahakan selama lima tahun dikatakan bukan milik orang Islam.

“Hari ini, saya menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan itu. Saya sangat kesal dengan dakwaan yang tidak bertanggungjawab itu yang boleh menjatuhkan perniagaan yang saya usahakan selama ini.” katanya dalam satu media di Seksyen 9, di sini, petang semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Pusat Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani.

Mohomad Zaini berkata, produk minyak masak itu mendapat sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) serta mendapat pengiktriafan ‘World Halal Best Brand Award 2018 pada Oktober lalu.

“Pelanggan kami memang kebanyakannay terdiri daripada pengguna Bumitputera termasuk pemilik pusat tahfiz serta masjid yang ada di negara ini.”

“Duta yang kita ambil juga adalah Ustaz Haslin Baharin yang terkenal dengan jolokan ‘Ustaz Bollywood’. Jika ada pihak yang berniat jahat kita minta hentikan untuk menularkan cerita ini,” katanya.

Mohamad Zaini berkata, beliau juga akan membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang jika perlu melalui lembaga penasihat syarikat sekiranya perkara ini masih berleluasa.

Sementara itu, Khairul Khuzaini meminta agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak sahih sehingga boleh menjatuhkan usahawan Bumiputera.

Katanya, beliau sendiri sudah menjenguk dan memeriksa kilang berkenaan di Merlimau, Melaka dan mendapati semua proses membuat minyak masak itu dibuat serta dikilangkan terus di situ.

“Kita juga mendapati ia adalah milik syarikat Bumiputera yang dibuktikan melalui pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jadi tidak timbul isu yang mengatakan minyak masak itu produk bangsa lain.”

“Saya lihat perkara ini seperti sengaja dimainkan untuk menjatuhkan usahawan Bumiputera yang sudah maju, kita sama-sama mencari rezeki dan janganlah sehingga tabur pasir dalam periuk nasi orang lain,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Beli Minyak Masak Cap Lesong Secara Online

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping