Ayam Organik

Ayam Organik semakin mendapat permintaan di Malaysia kerana harganya semakin mampu dimiliki, mudah diperoleh, dan memberi khasiat jauh lebih baik dari ayam pedaging atau ayam daging.

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna, kita perlu memastikan bahawa, ayam organik yang dibeli merupakan ayam yang disahkan organik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanai atau dikenali juga sebaga Ministry  Of Agriculture & Agro-Based Industry (MOA).

Logo-DVS
Logo Jabatan Veterinar Malaysia

Kenapa?

Ini kerana, ayam organik perlulah diternak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penggunaan ayam organik digunakan tanpa kawalan dan memanipulasi pelanggan dengan perkataan organik semata-mata.

Kami dapati di pasaran terdapat ramai pengeluar ayam kampung dan ayam daging sewenang-wenangnya melabelkan ayam kampung atau ayam daging mereka sebagai ayam kampung organik atau ayam daging organik.

Ini adalah tidak tepat dan mengelirukan pengguna.

Jadi, jom ikuti kami menerangkan secara menyeluruh berkenaan penternakan ayam organik di Malaysia.

Sejarah Pernternakan Ayam Organik Az-Zain

logo az zain mart with social media small

Sejak tahun 2006, Az-Zain telah berusaha dan melabur dalam penyelidikan untuk menghasilkan Ayam Organik yang dagingnya berkualiti tinggi dengan tekstur daging yang lembut, beraroma, tidak hanyir serta kaya dengan nutrien dan omega 3,6, dan 9.

Kini, Az-Zain telah berjaya menggabungkan teknologi terkini dan keseimbangan diet nutrisi “cation-anion macromineral” dan superfood herbalogy bagi menggantikan vaksin, hormon, antibiotik dan kimia bahaya yang kebiasaan diamalkan oleh pengeluar ayam daging komersial biasa.

Makanan Ayam Organik

Ayam Organik Az-Zain dihidangkan dengan makanan 100% bebas antibiotik dan hormon selain diberi minuman dari air bawah tanah yang dirawat oleh 13 sistem penapisan air komersial berteknologi nano termaju di dunia serta dijana lebih daripada 60 jenis mineral terlarut bermanfaat dengan kepekatan oksigen air yang sangat tinggi.

Gabungan formulasi rahsia makanan tambahan ayam daripada ekstrak herba seperti daun zaitun, kunyit, arabic gum, multivitamin, multimineral serta bahan lain yang tinggi antioksidan telah membuktikan bahawa Ayam Organik Az-Zain membesar dengan sihat tanpa perlu menggunakan hormon penggalak tumbesaran.

Ayam Organik Az-Zain memenuhi standard tinggi bersesuaian dengan pengiktirafan Halal Jakim dan Akreditasi Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik (MyGap) dan Skim Pensijilan (MyOrganik) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Harga Ayam Organik Az-Zain

ayam Organik Az-Zain

Ayam Organik Az-Zain berharga RM22.80 seekor.

Berat bersih anggaran RM1.2kg (setelah dibuang bahagian dalaman)

Ayam bebas antibiotik, hormon dan kimia.

Disahkan Organik oleh JPV dan MOA.

Pembekal Ayam Organik Az-Zain

Ayam Orgnik Az-Zain boleh didapati di semua kedai Az-Zain atau AzZainMart.

Pada 2018, terdapat 6 buah AzZainMart di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, dan Klang.

Lihat semua lokasi AzZainMart.

Keistimewaan Ayam Organik Oleh Dr. Zainol

AZ-ZAIN merupakan syarikat yang pertama di Malaysia bukan sahaja fokus terhadap isu-isu Hallalan Thoyiba malah menawarkan makanan berfungsi dengan mengadunkan, makanan sunnah, herba terpilih dan bahan mentah yang berkualiti. azzain4

Formulasi AZ-ZAIN sangat berbeza dan nyata berbeza, semua formulasi AZ-ZAIN diperkayakan dengan makanan berfungsi seperti innulin (pre-biotik) manna-wasalwa (Arabic Gum dari Sudan) rice–bran (kaya anti-oxidan), ekstrak kurma dan banyak lagi bahan yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari laman sesawang AZ-ZAIN. Di sini anda akan mempelajari dan memahami bagaimana makanan 100% Hallalan Thoyiba sampai ke pinggan anda. Anda berhak mendengar cerita sebenar mengenai makanan yang menepati syarat Hallalan Thoyiba ini daripada kami AZ-ZAIN dan saya Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja.

azzain5Harapan kami agar laman sesawang ini dapat menjadi sumber rujukan untuk anda mempelajari bukan tentang produk-produk AZ-ZAIN tetapi menghayati Fiqh keutamaan dan Jihad Muammalat supaya kita bersama menjadi hamba yang taat kepada semua perintah Allah SWT.

Insya Allah dengan izin Allah SWT, AZ-ZAIN berusaha sedaya upaya untuk terapkan kesemua aspek Maqasid Syariat (tuntutan agama) dalam menyediakan makanan 100% Hallalan Thoyiba, yang digelar dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.

Umat Islam perlu memerdekakan daripada menjadi hamba kepada kufar musyrikin yang sengaja merancang untuk mencacatkan aqidah Umat Islam dengan meracuni makanan Umat Islam dengan semua bahan-bahan yang jelas diharamkan Islam.

Dalam beberapa tahun, AZ-ZAIN telah membina reputasi sebagai pembekal makanan Hallalan Thoyiba yang dipercayai sejajar dengan itu, AZ-ZAIN akan sentiasa dinamik walaupun dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami juga akan sentiasa menawarkan harga yang berpatutan di dalam keadaan yang menguntungkan semua orang.

Kehidupan yang sihat.

azzain6

Jika kehidupan yang sihat bergantung kepada pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk menjaga amal ibadah kita supaya doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.

Makanan berfungsi adalah makanan atau komponen pemakanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang melangkaui asas nutrisi. Kita boleh mengawal kesihatan melalui pemilihan makanan, dengan mengetahui sesetengah makanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang lebih spesifik.

Dari Meja
Ketua Penyelidikan & Pembangunan
Berkhidmat Untuk Ummah
Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja

Panduan Keperluan Asas Penternakan Ayam Organik Di Malaysia

Ini adalah ringkasan dari panduan keperluan asas penternakan Ayam Organik di Malaysia.

Jom lihat betapa teliti dan tinggi standard dalam menghasilkan ayam organik.

Dari baka ayam, ladang, makanan, sembelihan dan pelupusan.

Muat turun panduan penuh sekiranya hendak digunakan dalam industri.

Panduan ini dialih bahasa dari panduan yang disediakan oleh DVS (Department Of Veterinary Services Malaysia).

Panduan Keperluan Asas Penternakan Ayam Organik Di Malaysia

  • Baka ayam dari sumber organik
  • Anak ayam bukan organik boleh dibawa tetapi bersyarat
  • Kaedah pembiakan ayam hendaklah mematuhi prinsip-prinsip pertanian organik
  • Makanan ayam mesti organik, termasuk pada rumput dan makanan ternakan
  • Makanan diproses hendaklah dari kilang makana organik yang diluluskan oleh kerajaan.
  • Ayam organik mesti mempunyai akses yang mencukup kepada air segar untuk mengekalkan kesihatan dan semangat.
  • Makanan ayam tidak mengandungi bahan GMO (Geneticallny Modified Oranism).
  • Bahan makanan berasal mineral, vitamin atau provitamin hanya boleh digunakan jika ia semulajadi.
  • Antibiotik, anti parasit & Bahan ubat, tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan.
  • Bahan lain yang bertujuan Merangsang pertumbuhan tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan.
  • Bahan lain yang bertujuan merangsang pengeluaran tidak boleh digunakan dalam pemakanan haiwan
  • Penggunaan Antibiotik akan menyebabkan ayam kehilangan status organiknya.
  • Produk Organik mesti dilindungi sepanjang masa dari beramput dengan produk bukan organik.
  • Produk Organik mesti dilinding dari bersentuhan dengan bahan yang tidak dibenarkan dalam pertanian organik.

Baca keseluruhan 30 Panduan Keperluan Asas Penternakan Ayam Organik Di Malaysia

Setelah kami pamerkan sebahagian dari panduan di atas, adakah anda pasti anda telah membeli Ayam Organik?

Logo-logo berkaitan Penternakan Ayam Organik

logo MyOrganic
MyOrganic

 

Logo MyGap
MyGAP

Persijilan MyGAP Jaminan Produk Berkualiti Dan Selamat

MyGAP dan MYOrganik Jaminan Kualiti Dan Keselamatan Makanan

Dapatkan Ayam Organik Az-Zain di semua lokasi AzZainMart.

Close Menu
×

Cart