fbpx

Susu Kambing

Selain susu lembu, susu kambing juga adalah sumber kalsium untuk tumbesaran manusia.

Susu ini menjadi pilihan pengguna kerana kandungan nutrisi dan gizi yang lebih lengkap dibandingkan dengan susu lain.

Susu kambing adalah alternatif yang lebih sihat terutama apabila ia mentah dan organik.

Di peringkat global, kambing mengeluarkan kira-kira 2 peratus daripada bekalan susu global.

Kami berikan fakta lengkap berkenaan susu-kambing di sini.

Kenapa Perlu Pilih Susu Kambing?

  • Pengambilan susu kambing amat sesuai untuk orang yang mempunyai alahan dan masalah pencernaan.
  • Rasulullah SAW sendiri membela kambing dan meminum susunya.
  • Kandungan protein juga adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi khasiat susu lembu.
  • Para ibu amat digalakkan mengambil susu-kambing untuk memastikan susu ibu yang dihasilkan berkhasiat.

Pendapat Dr Jamnul Azhar Mulkan Berkenaan Susu Kambing

Dalam siri rancangan Halaqah TV9, Dr Jamnul Azhar menerangkan secara terperinci berkenaan khasiat susu kambing, amalan Rasulullah dan juga kaedah pengambilan susu-kambing.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan sumber kalsium yang sangat baik.

Kandungan kalsium dalam secawan susu mampu membekalkan 32.6 peratus nilai kalsium sehari.

Kalsium bukan sekadar membantu tumbesaran tulang terdapat juga mineral penting dalam kesihatan.

Khasiat Susu Kambing Kepada Kesihatan

Susu-kambing mempunyai pelbagai khasiat, kami sertakan di sini sebahagian dari laman web mrtengkuasmadi.com

Menguatkan Tulang

Ini merupakan salah satu kebaikan yang terdapat di dalam semua produk tenusu, dan menjadi faktor utama anda digalakkan untuk meminum susu.

Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung khasiat dari susu ini amat diperlukan untuk anak di dalam kandungan.

Ini kerana ia mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.

Susu kambing ini membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.

Selain itu, susu-kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita.

Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.

Ciri-Ciri Anti Radang

Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.

Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut.

Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain.

Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien

Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.

Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing.

Tetapi memandangkan susu-kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.

Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.

 

Tingkatkan Metabolisma Badan

Memandangkan susu dari kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu dari kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu-kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

Kesihatan Jantung

Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu-kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu dari kambing.

Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.

Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu-kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah.

Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

Meningkatkan Sistem Imuniti Badan

Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium.

Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu dari kambing.

Dengan pengambil susu-kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

Mencepatkan Pertumbuhan

Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.

Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik

 

Perbezaan Susu Kambing Dan Susu Lembu

susu kambing-perbezaan susu kambing dan susu lembu

  1. Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta casein Protien) iaitu merupakan penyebab utama alahan yang berlaku pada bayi atau kanak mahupun dewasa.
  2. Kandungan gizi dalam susu dari kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
    • Protein – 2.1 kali ganda
    • Kalsium – 2.2 kali ganda
    • Zat Besi – 2.0 kali ganda
    • Potasium – 2.1 kali ganda
    • Vitamin A – 3.9 kali ganda
    • Garam Galian 2.0 kali ganda
    • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  3. Kandungan Asil Lemak Rantaian Pendek dalam susu-kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  4. Molekul lemak susu dari kambing lebih halus dan mudah dihadam berbanding susu lembu.
  5. Proses pencernaan untuk susu-kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  6. Sama seperti susu ibu pH susu-kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Susu Kambing Di Pasaran Malaysia

Bagi tujuan komersial, susu kambing sudah boleh diperoleh dalam bentuk cecair dan juga serbuk.

susu kambing-segar sejuk beku

Susu Kambing Segar Sejuk Beku

Susu Segar Kambing Sejuk Beku ini telah dipasteur terlebih dahulu bagi membunuh bakteria.

Ia perlu disimpan sejuk beku kerana tidak dimasukkan sebarang pengawet bagi mengekalkan keaslian.

Kekurangan susu segar kambing sejuk beku ini adalah masih terdapat bau kambing yang agak kuat dan perlu dicairkan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun Khasiat Susu Segar dari kambing ini adalah lebih asli yang boleh kita perolehi.

Susu Serbuk Kambing

Susu-kambing terbaik bukanlah dikira dalam bentuk cecair atau serbuk, jenama atau isi kandungan, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh.

Contohnya seperti tiada gula tambahan, pengawet atau perasa tiruan.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis susu serbuk yang popular iaitu seperti berikut:

Susu Kambing Wildan

susu kambing - Wildan susu kambing

Wildan Susu Kambing merupakan produk susu organik dari kambing tanpa campuran susu lembu. Dipackingkan dengan berat 500g dan 1kg dan didatangkan dalam dua perisa iaitu ASLI dan COKLAT.

Laman Facebook: Wildan Susu Kambing

Susu Kambing Lazz

Susu kambing - Lazz susu kambing

Susu Lazz adalah berasaskan Organic+Milk = ORGAMILKSusu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 1📷Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 2™️ , Ia ibarat Susu Segar dari Ladang yang diserbukkan Kemudian digabungkan dengan Pati Ekstrak Kurma Penuh Khasiat. Uniknya, tiada sebarang unsur campuran dari soya/ atau whey Protein Lembu dalam Lazz. Jadi ia mempunyai sifat Alkali Ringan yang sangat baik untuk kesihatan.

Laman Facebook: LAZZ Susu Kambing

Susu Kambing Higoat

Susu Kambing- HiGOAT

Peneraju produk berasaskan susu dari kambing di Malaysia

Laman Web: HR Marketing

 

Suffy Goat

susu kambing - suffy goat

Suffy Goat dengan formulasi kebaikan-kebaikan buah-buahan seperti Kurma dan Delima, selain daripada Madu dan Manna sangat baik untuk membantu Sistem Penghadaman Si Manja.

Susu kambing ini diimport dari Belanda dan diformulasikan di Malaysia berdasarkan keperluan Si Manja.

Susu Kambing Irfan

Susu kambing - Mazin Milk

Susu Irfan (kambing) kaya dengan protien, enzim dan mengandungi khasiat campuran daripada makan sunnah iaitu kismis, madu dan manna (arabic gum).

Susu Kambing MAZIN (Produk Baru)

Susu kambing - Mazin Milk

MAZIN Goat Milk diimport dari Holland. Kualiti yang TERBAIK Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 3

Sebab tu rasanya Lebih Original Sedap Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 4😋

Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Baik untuk kesihatan Usus kanak²
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Untuk kesihatan Jantung
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Mengandungi Anti-Inflamasi Alami
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Kaya dengan Kalsium
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Menguatkan Tulang
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Melancarkan sistem Pencernaan
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Menambah Energi
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Bertindak sebagai Egen Metabolik
Susu Kambing - Susu Penuh Khasiat Untuk Keluarga 5📢Mengurangkan risiko Alahan Kulit

Laman Facebook: MAZIN Milk

×
×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!