Makluman perkhidmatan home delivery sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tempoh penghantaran akan dilakukan antara jam 10 pagi hingga 7 malam.

Buat masa ini, caj penghantaran akan dikira dari cawangan utama di Seksyen 15, Shah Alam.

Sekiranya anda memerlukan penghantaran dari cawangan yang berdekatan dengaan lokasi anda, pilih pickup dan tuliskan di ruangan notes: saya perlukan delivery dari cawangan berdekatan.

Kami akan memproses tempahan anda dari cawangan yang berdekatan dan pembayaran caj delivery akan dikira secara manual.

AzZainMart Home Delivery

Berita baik! kini kami sudah menyediakan perkhidmatan AzZainMart Home Delivery ke kawasan berdekatan!

azzainmart homedelivery RM6

Masa Penghantaran

Tempahan homedelivery akan dihantar mulai jam 10 pagi hingga jam 7 malam.

Tempahan terakhir diterima setiap hari pada jam 4.00 petang.

Kawasan Perkhidmatan Home Delivery



Kawasan liputan bagi Home Delivery sudah diluaskan ke kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Puchong.

Untuk semakan pantas caj penghantaran yang dikenakan di kawasan anda, boleh pilih barang dan klik View Cart di bahagian menu.

Masukkan poskod anda dan klik UPDATE. Caj yang dikenakan akan dipaparkan sekiranya kawasan anda berada dalam dalam liputan kawasan perkhidmatan kami.

Home Delivery 1

Untuk mengetahui caj penghantaran yang lebih tepat, anda perlu memasukkan alamat penuh di ruangan alamat sebelum membuat pembayaran.

Cara Penggunaan pemilihan ‘penghantaran dari cawangan berdekatan’

Home Delivery 2
1. Anda perlulah klik pada bahagian ‘(Pickup) Ambil di AzZainMart Berdekatan’ sekiranya poskod anda tiada pilihan Home Delivery.

Home Delivery 3

2. Anda perlu isikan bahagian ‘Order Notes’ tersebut seperti gambar di atas. 

Caj Bayaran Home Delivery

Harga serendah RM6 bergantung kepada kawasan (poskod).

Berita Baik! FREE Home Delivery bagi setiap pembelian RM150 dan ke atas sehingga 31 Disember 2019 (dilanjutkan) bagi poskod berikut:

52200, 53300, 40160, 41000, 50100, 50500, 50000, 50150, 56000, 40470, 50350, 50088, 47200, 47650, 47500, 41460, 40800, 40706, 40460, 54200, 56100, 50200, 40000, 40100, 47630, 47620, 47601, 68000, 50300, 55000, 50586, 54000, 55300, 50450, 50250, 55200, 50050, 54000, 55100, 47610, 47600, 42450, 40450, 40300, 40200, 40100, 40150, 40170, 40400, 41200, 46050

*sehingga 15kg sahaja dan tempahan serta pembayaran melalui laman web ini.

FAQ AzZainMart HomeDelivery

1. Bilakah barang akan dihantar?

Pesanan anda akan dihantar dalam tempoh 1 jam (bergantung kepada lokasi) setelah pembayaran secara online diterima. Pihak kami akan menghubungi bagi mengaturkan waktu penghantaran.

Anda juga boleh memaklumkan waktu yang bersesuaian untuk kami menghantar barang ke rumah dengan meletakkan maklumat di bahagian notes.

2. Boleh guna kad kredit?

Ya, boleh. Pembelian secara online menerima pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, dan juga online transfer (FPX).

3. Saya ada masalah semasa melakukan pembelian, boleh bantu?

Hubungi khidmat pelanggan kami di talian 013-7195173.

4. Ada minimum order?

Tiada had minimum tempahan. Anda hanya perlu bayar harga barang + caj penghantaran serendah RM6. Contohnya jika harga barang bernilai RM6 dan caj penghantaran RM6, anda perlu bayar RM12 sahaja.

Apa Kata Mereka?



Mahu beli secara HomeDelivery? Klik Di Sini Untuk Tempah Sekarang.

azzainmart homedelivery RM6

 

Klik gambar untuk mula membuat tempahan

441 comments

    43200 cheras cover x? mohon cover please…

      maaf kami tak cover kawasan ini kerana caj penghantaran melebihi RM15. insya Allah kami akan luaskan lagi kawasan penghantaran.

    poskod 47150 berapa caj delivery

      maaf tak cover bagi kawasan puchong ni.

    Belum cover lg ke utk 56000?

    Dulu az zain ada di bandar saujana putra. Skrg dh takde. Boleh buat home delivery tak ke poskod 42610?

      boleh. kami dah masukkan dalam sistem poskod ni.

        Sy tinggal d kawasan desa pandan KL… adakah penghantaran sampai ke desa pandan?

          mestilah! outlet KL kami berdekatan desa pandan. caj penghantaran dalam RM6-7 sahaja bagi kawasan tersebut.

    50450 htr tak? area klcc

    poskod 47150 ada buat penghantaran cod ke?

      maaf kawasan ni agak jauh dari kami. jadi kadar cajnya agak kurang munasabah.

    Assalamualaikum, Area 43300 seri kembangan ada buat delivery?

      maaf kawasan ni agak jauh dari kami. jadi kadar cajnya agak kurang munasabah.

    poskod 40150 subang bestari, tq

      RM6 sahaja bagi kawasan ini

    Poskod 50100 xde ke? Area pertama complex

      Insya Allah akan ada mula bulan Mac 2019 ini. serendah RM6

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping