Coklat Hazleen: Mereka adalah sebahagian dari kehidupan kita

hazleen

Ada ketikanya dalam kita sibuk melayari kehidupan ini kita alpa adanya golongan di antara kita yang perlu dibimbing dan dibantu untuk mengecapi kejayaan.

Mereka ini ialah masyarakat Orang Kelainan Upaya atau ringkasnya OKU. Masyarakat ini terbahagi kepada dua kategori, cacat fizikal dan lemah dalam pembelajaran. Memahami hakikat ini Inang Suri sebuah perusahaan pembuatan coklat telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka. Bermula dengan dua orang pekerja kini telah bertambah kepada dua puluh orang.

Mereka akan dipilih melalui temuduga oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum ditawarkan kepada pihak Syarikat. Memandangkan Inang Suri telah dianugerahkan status HALAL oleh Majlis Agama Islam, maka setiap pekerja telah dididik mengutamakan kebersihan, kualiti dan disiplin semasa bekerja.

Proses pengeluaran coklat memerlukan penelitian yang rapi. Oleh itu pemantauan yang teliti amat diutamakan. Sehubungan ini kesabaran adalah sangat penting kerana mengajar satu golongan yang serba kekurangan lebih-lebih lagi dalam aspek pembelajaran bukanlah perkara yang mudah.

Coklat yang dihasilkan oleh Syarikat ini telah menang dalam pertandingan Satu Daerah Satu Industri Kategori Makanan, iaitu Anugerah Usahawan Harapan di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Manakala Anugerah Usahawan Mikro Muda di peringkat Negeri untuk Usahawan Muda yang berdaya saing.

Malah dalam Showcase MIHAS 2011 di KLCC coklat jenama yang dikeluarkan oleh Syarikat ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari para Usahawan luar negara. Harapan kami, kiranya ada di anatara Agensi dan Badan-badan Amal yang lain dapat sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu golongan ini agar mereka juga dapat menyumbang kearah pembangunan Negara.

Hazleen Syafiza – Inang Suri

Sumber artikel

Lihat produk Coklat Hazleen disini.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping