fbpx

Cawangan ke-8: AzZainMart @ Puchong

AzZainMart @ Puchong

Bermula 25 Disember yang lepas, kami telah membuka sebuah lagi cawangan bagi memenuhi permintaan di kawasan Puchong. Alamat seperti berikut:

AzZainMart-KL-dalam-web-3

AzZainMart @ Puchong
25, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor

Buka setiap hari 9.00 pagi hingga 7.30 malam.

Delivery Seluruh Puchong

Seiirng dengan pembukaan cawangan ini juga, kami telah meluaskan kawasan penghantaran ke seluruh Puchong. Caj penghantaran serendah RM6.

Sebagai persediaan menghadapi tahun 2020, kami sedang menambah baik struktur organisasi dan persediaan melaksanakan Pusat Edaran (Distribution Centre).

Cawangan-cawangan AzZainMart

Untuk makluman, 8 Cawangan #AzZainMart adalah seperti berikut:

  • AzZainMart Shah Alam (Seksyen 15)
  • AzZainMart USJ Subang Jaya
  • AzZainMart Bandar Putera 2 (Klang)
  • AzZainMart Seksyen 27 (Shah Alam)
  • AzZainMart Alam Budiman (Seksyen U10 Alam Budiman)
  • AzZainMart Subang Impian (Seksyen U5 Shah Alam)
  • AzZainMart Kuala Lumpur
  • AzZainMart Puchong

Semua Halal Mart ini adalah di bawah pengurusan syarikat YAQIN MART SDN BHD.

Visi AzZainMart

Syarikat kami komited membawa visi menjadi pengedar utama produk halalan thoyyiba yang dipercayai dan diyakini bagi kawasan Lembah Klang berkonsepkan Halal Mart.

Misi AzZainMart

Antara misi-misi syarikat yang perlu dicapai adalah:

  1. Memastikan semua pelanggan menikmati produk yang berkualiti dan Halalan Thoyyiba tanpa was-was.
  2. Memberi khidmat layanan yang mesra pelanggan dan berinformatif.
  3. Membuka cawangan Halal Mart di kawasan berpotensi bagi memberi kemudahan dan pilihan kepada penduduk berdekatan.
  4. Menjual produk pada harga yang kompetitif berbanding pasaran.
  5. Menjadi pilihan para usahawan produk halal sebagai pengedar utama.
  6. Membantu usahawan IKS memasarkan produk halal yang dihasilkan.
  7. Membekalkan produk-produk IKS kepada Halal Mart sekitar dengan harga yang kompetitif melalui pusat edaran.
  8. Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang peruncitan yang patuh syariah.

Diharapkan dengan perkongsian kami mengenai visi dan misi syarikat dapat membantu para pelanggan dan bakal pelanggan dapat menyelami perjuangan kami dalam meningkatkan ekonomi umat islam..

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang terus menerus menyokong produk halal!

Keyakinan Anda, Keutamaan Kami!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!