Bihun Sufi 100 peratus suci, halal 1

Bihun Sufi 100 peratus suci, halal

bihun sufi

BATU GAJAH – Halal atau tidak? Itulah isu pengguna hari ini. Ternyata pengguna semakin bijak menilai sesuatu produk di pasaran kerana kualiti menjadi keutamaan pilihan.

Maka tidak hairan jika kebanyakan masyarakat pada hari ini bijak menetapkan piawaian terhadap sesuatu produk iaitu halal.

Sesuatu yang penting untuk pengguna memilih produk yang halal atas dasar percaya akan kebersihan dan keselamatannya.

Status halal dan kebersihan menjadi teras utama pengeluar produk makanan Bumiputera Islam demi memberi keyakinan kepada pengguna terhadap produk dipasarkan.

Menyedari hakikat itu dan kebertanggungjawaban terhadap masyarakat Islam di negara ini, Pengurus Pengedaran Bihun Sufi Brand Wilayah Utara, Amer Yunan menceburi bidang berkenaan.

Amer berkata, walaupun ramai pesaing, ia tidak mematahkan semangatnya bertukar bidang daripada seorang kontraktor kepada pengedar bihun.

“Sepanjang tiga tahun, produk Bihun Sufi dipasarkan ke rangkaian kedai runcit seluruh negara dan jumlah pengeluaran harian di zon utara iaitu di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mencecah 240,000 kilogram.

“Enam bulan pertama selepas menceburi penjualan bihun, 2011 menjadi tahun mencabarkan apabila terpaksa memberi tumpuan terhadap promosi produk sebelum menjenamakan produk ke peringkat yang stabil,” katanya.

Menurutnya, pada masa itu, produk Bihun Sufi masih baharu di pasaran dan masa diperlukan sehingga enam bulan untuk memastikan 36,000 bungkus bihun berjaya dihabiskan di empat negeri.

“Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keyakinan terhadap produk kami, kini Bihun Sufi mendapat permintaan amat menggalakkan.

“Dalam tempoh empat tahun menceburi bidang ini, 36,000 bungkus habis dijual dalam tempoh dua bulan,” katanya.

100 peratus buatan Muslim

Amer berkata, sebagai syarikat Bumiputera Islam, menjadi tanggungjawab memastikan segala produk dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, pengguna Islam mempunyai banyak pilihan ketika membeli produk, terutama makanan daripada pengeluar Bumiputera Islam yang mempamerkan logo halal Jakim.

“Pilihlah barang buatan Muslim di mana setiap kandungan produk juga mendapat kebenaran Jakim dalam memastikan ia bersih, halal dan selamat untuk dimakan.

“Contohnya produk bihun kami, semua proses akan dinilai mengikut jadual oleh Jakim demi memastikan cara kerja dan proses pembuatan memenuhi garis panduan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, Bihun Sufi keluaran Elham-Q Malaysia Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulai, Johor, kini semakin dikenali bukan sahaja dalam pasaran tempatan, malah mendapat sambutan pasaran luar negara.

“Bihun Sufi diyakini suci dan halal serta mendapat kelulusan piawaian halal Jakim serta ISO, kerana kita tahu timbul isu status halal bihun yang mengejutkan banyak pihak pada tahun lalu.

“Bukan sahaja halal dan bersih, bihun kami ada keistimewaan tersendiri kerana mudah dimasak, tidak mudah hancur, memiliki tekstur yang lembut dan hanya perlu direndam selam 10 minit dengan air sejuk sebelum dimasak,” katanya.

Amer berkata, Bihun Sufi mengorak langkah ke hadapan apabila muncul dengan produk baharu yang lebih ekonomik iaitu Bihun Sufi pek 2.5 kilogram Jumbo.

Menurutnya, pelancaran produk baharu berkenaan dibuat atas permintaan tinggi daripada pengusaha kantin, katering, peniaga pasar malam, restoran, kedai makan, pengusaha hotel dan mereka yang menyasarkan makanan dalam kuantiti lebih banyak.

“Jika sebelum ini pengguna beli pek 4.8kg mengandungi 12 bungkus bihun 400 gram, tetapi sekarang mereka boleh mendapatkan pek 2.5kg yang nyata lebih berpatutan harganya.

“Bukan sahaja mementingkan produk bersih dan halal tetapi kita juga menitik berat harga yang berpatutan untuk pelanggan dan produk baharu ini ternyata mendapat permintaan menggalakkan,” katanya lagi.

Katanya, buat masa ini outlet lebih tertumpu kepada mini market dan kedai runcit, namun pasarannya akan diperluas di pasar raya untuk memastikan ia dapat memenuhi permintaan pengguna.

“Kita beri jaminan produk Sufi 100 peratus buatan Muslim dan berbaloi mendapatkannya kerana maklum balas yang kita terima amat positif.

“Bagi pengguna di Perak yang ingin mendapatkan produk ini boleh menghubungi talian 013–5390004, manakala bagi Pulau Pinang dan Kedah, pengguna boleh menghubungi Mohd Tarmizi Ariffin menerusi 010-5159207 atau melawat laman sesawang  www.sufibrand.com.my,” katanya.

Sumber

 

Kami juga menjual Bihun Sufi secara borong.
Dapatkan terus di mana-mana cawangan AzZainMart yang berdekatan.

Beli Produk Sufi Secara Online

4 comments

    as salam
    boleh hantar ke pertama complex tak. puas cari kat kedai x de.

    HI,
    syarikat kami berminat untuk membeli meehun in boleh tuan hantar sebut harga ke email saya
    tq

      bihun ini boleh didapati terus di semua cawangan kami.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping