Air Zam-zam Jadi Penawar Denggi 1

Air Zam-zam Jadi Penawar Denggi

MAKLUMAN: PIHAK KAMI SUDAH TIDAK MENGEDARKAN LAGI AIR ZAM-ZAM SELARAS DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 MEI 2015.
LAYARI https://goo.gl/l0PL2j UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Berita ini diambil dari Sinar Harian

Siti Maimunah meriba anaknya yang menghidap denggi pada Disember tahun lalu.
Siti Maimunah meriba anaknya yang menghidap denggi pada Disember tahun lalu.

SHAH ALAM – Penduduk di Sabak Bernam, berharap agar lebih banyak program gotong-royong diadakan di kawasan perumahan dan di kampung tradisional bagi menangani wabak denggi dari menular.

Seorang penduduk, Siti Maimunah Awang, 49, berkata, keadaan persekitaran kotor terutama bekas takungan air terdedah menyebabkan denggi merebak.

Anak sulungnya, Mohd Hanif Jamalulail, 25, dijangkiti virus itu selepas pulang ke kampung dari rumah sewanya di Klang.

“Memang susah rupanya jaga pesakit denggi. Setiap masa dia mengadu sakit, badan rasa bisa. Sepanjang 10 hari jaga dia, saya pun jadi bingung tak tahu macam mana nak redakan sakit dia.

“Puas saya cuba macam-macam cara…bagi dia makan daun betik, sup ketam, tapi masih tak kebah,” katanya.

Siti Maimunah yang tinggal di Tali Air 6 Sekinchan, melakukan ikhtiar akhir dengan memberi anaknya itu minum air zamzam dan terkejut apabila Mohd Hanif pulih.

“Bayangkan kami terpaksa berulang-alik ke Hospital Tanjong Karang setiap hari untuk jenguk anak. Tak sangka dengan air zamzam, dipermudahkan ALLAH,” katanya.

Seorang mangsa denggi di Taman Ria Sekinchan, Suzilawati Miskam, 40, berkata, serangan denggi berdarah dihidapinya kira-kira lima tahun lalu masih sukar dilupakan.

“Waktu itu, nak jamah makanan pun tak selera. Saya ditahan di Hospital Tanjung Karang selama 14 hari.

“Dalam tempoh itu memang tak tertanggung rasa sakit, saya terpaksa dipapah suami untuk bergerak,” katanya yang terkilan kerana penyakitnya dikesan klinik kesihatan lewat setelah tiga kali menjalani pemeriksaan darah.

“Tiga anak saya kena tapi tak teruk, setiap hari buat rawatan susulan dari rumah ibu di Sekinchan,” katanya.

Sumber

Ingin Dapatkan Air Zam-Zam? Klik Di Sini!

MAKLUMAN: PIHAK KAMI SUDAH TIDAK MENGEDARKAN LAGI AIR ZAM-ZAM SELARAS DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 MEI 2015.
LAYARI https://goo.gl/l0PL2j UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Bacaan berkaitan:

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping