SHAH ALAM – Kira-kira 1,000 pengedar Al-Haddad Marketing Sdn Bhd seluruh Malaysia termasuk Brunei, Thailand dan Indonesia diraikan dalam Majlis Anugerah Insentif Al-Haddad Marketing Sdn Bhd, baru-baru ini.

Pada majlis gilang gemilang di Grand Ballroom Hotel De Palma itu, seramai 100 pengedar menerima penghargaan.
Bacaan lanjut: Tamar Cocoa Al Haddad 900g
Majlis dirasmikan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Profesor Datuk Syed Omar Syed Mohamad Asseggaf.
Anugerah tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai pengedar-pengedar yang berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan produk Tamar Cocoa dan produk-produk lain keluaran Al-Haddad Marketing Sdn Bhd.
Turut hadir, Penasihat Al-Haddad Group, Syed Mohd Mahayadin Al Haddad.
Majlis juga diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Inteam.
Al-Haddad Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk pemakanan Muslim dan kegunaan harian.
Syarikat itu telah beroperasi selama 3 tahun di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang. Maklumat lanjut layari www.alhaddadmarketing.com.
artikel ini dari Sinar Harian edisi Kl & Selangor pada 26 April 2015.