Assalamualaikum dan selamat tengahari. Hari ni saya nak share resepi Gulai Taucu Daging khas buat anda semua.
Bahan-bahan Resepi Gulai Taucu Daging:
A) Bahan Utama:
- 3 sudu besar Taucu Opah Nur
- 500gram Daging Tetel / Daging Cincang – direbus hingga empuk
Bacaan lanjut: Taucu Opah Nur
Beli Taucu Opah Nur di sini!
B) Tumis:
- 3 biji Bawang Merah – dipotong bulat
- 3 ulas Bawang Putih – hiris
- 1 inci Halia – diketuk
- 8 batang Kacang Buncis – dipotong panjang
- 1 tangkai Cili Merah dan Cili Hijau- belah dua
- 5 biji Cili Padi – ditumbuk kasar (kurangkan kalau tak nak pedas)
C) Bahan sampingan:
- 2 sudu Kicap
- 3 keping Asam Keping
- 2 sudu Minyak Masak
Cara-cara:
- Tumis semua bahan tumis dengan 2 sudu minyak masak. Kemudian masukkan Taucu Opah Nur. (Sayur ditumis untuk lebih rangup dan tidak lembik)
- Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama sedikit sahaja air rebusannya.
Jika terlalu banyak akan menyebabkan kurang rasa taucu dan lebih kepada rasa sup daging pula. Boleh tambah air biasa untuk banyakkan kuah.
- Akhir sekali masukkan asam keping dan kicap untuk mendapatkan warna yang menarik. Sesuaikan rasa mengikut citarasa sendiri. Boleh tambah taucu / bahan perisa jika kurang rasa. Jangan tambah garam kerana taucu sudah masin. Biarkan mendidih dan tutup api. Sedia untuk dimakan.
Selamat menjamu selera 😋
sumber: Facebook
Produk Taucu Opah Nur ini boleh didapati di kedai-kedai Az-Zain berdekatan anda. Klik di sini untuk lihat kedai Az-Zain berdekatan anda.Â
Jauh dari kami?
Beli secara online di aplikasi MyBazar. Klik gambar untuk membeli secara online!