Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian

Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian U5, Shah Alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kami dengan rendah menjemput Tuan/Puan dan sekeluarga ke Majlis Pembukaan AzZainMart Subang Impian pada 03 Februari 2018.

Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 1

Butiran lanjut mengenai majlis adalah seperti dibawah:

Tarikh: 3 Februari 2018.

Hari : Sabtu

Masa :9.00 pagi – 2.00 petang.

Aktiviti : Jamuan makan, Cabutan bertuah, Uji Rasa produk, Hadiah Cenderahati, Derma Darah.

Tempat: Di Hadapan AzZainMart Subang Impian
Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 2

Untuk maklumat lebih lanjut hubungi 013-7195173. Jangan lupa like page kami di Facebook AzZainMart Subang Impian.

BANTU KAMI JEMPUT LEBIH RAMAI UNTUK HABISKAN 1000++ KUIH-MUIH & PELBAGAI HADIAH!

Alhamdulillah kami telah dapat sokongan padu daripada hampir 50 pembekal jenama produk tempatan yang dengan seikhlas hati memberikan pelbagai sumbangan berupa kuih-muih, makanan, minuman dan juga AISKRIM!!!

Jadi kami berharap lebih ramai penduduk sekitar kawasan U5 Shah Alam, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh dan sekitarnya dapat hadir ke majlis kami untuk menghabiskan semua makanan PERCUMA ini.

Majlis Program Derma Darah Sempena Pembukaan AzZainMart Subang Impianakan diadakan pada Sabtu, 03 Februari 2018 ini akan bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Datang awal dan lengkapkan borang pendaftaran untuk dapatkan door gift PERCUMA sumbangan para pembekal kami.

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

1. Demo memasak Char Kuey Teow LIVE oleh Catering Maidah Cuisine.

Hidangan Char Kuey Teow yang dimasak di lokasi dengan sos istimewa oleh pihak catering dan menggunakan bahan-bahan yang dijual di kedai kami sumbangan dari para pembekal.

Maidah Cuisine adalah sebuah restoran yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Selain beroperasi di restoran yang menyajikan pelbagai menu barat dan timur, Maidah Cuisine juga menyediakan perkhidmatan catering bagi pelbagai acara seperti perkahwinan, acara korporat, mesyuarat dan lain-lain.

Jadi para pengunjung amat bertuah dapat menikmati makanan yang dihidangkan oleh Catering Maidah Cuisine.

Bahan masakan ini juga ditaja oleh R Razy Enterprise yang membekalkan Bebola Ikan Armiya dan Cik Siti yang membekalkan Kuey Teow.

2. Kuih-muih dan pelbagai makanan & minuman percuma

Sardin Roll Dlienaz
Murtabak Hidaz
Pau Kak Siti
Roti Canai Hani’s
Cucur Badak Ne’mah Frozen Food
Karipap /Epok-epok Shekin Food
Cucuk Badak Dan Tembosa daging D’Kochet Frozen Food
Biri-biri perab DeZaaba
Sambal Goreng Ibu
Air Kordial Kicap Jalen
Air Minuman Al-Amin
Kopi Aroma
Parabella Ice Cream

3. Sesi Ujirasa

Para pengunjung dijemput mencuba produk-produk yang dipamerkan oleh para vendor seperti:

Susu Irfan Official’s
Roti Parata Tisha’s
Biskut Norlina Zubir Homemade Cookies
Sambal segera Che Din
Hilmie’s Rempah BBQ – HQ
PES Arabian Kitchen Nasi Mandy

4. ‎Kempen Derma Darah oleh Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (PDN)

Para pengunjung yang berkelayakan amatlah dialu-alukan menderma darah bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
INGAT!! 1 beg darah boleh membantu menyelamatkan 3 manusia.

5. ‎ Pertandingan Mewarna anjuran Susu Irfan.

Kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah boleh menyertai pertandingan mewarna bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Alatan mewarna disediakan, peserta digalakkan membawa alatan mewarna sendiri. Sebanyak 3 hadiah utama tajaan Susu Irfan dan 15 hadiah saguhati sumbangan para pembekal disediakan.

6. Doorgift sumbangan para pembekal.

Insya Allah kami menyediakan doorgift hasil sumbangan para pembekal kami iaitu:

Annisa Cereal Rosellia, Belacan dmb Pulau Aman, @Norlina Zubir Homemade Cookies, Sambal Bilis Che Din, @Zelda Crunch Dhal, Bahulu Inti BayuLicious HQ, Susu Jagung Saji, Air Limau Nipis QMERA, Pekatan Ameen, Kismis Minda Pintar by MUSTAQIM, Madu Stick TLH Product, Pek minuman Sisa Sifar Origina Jus dan Jus Delima Origina, Aneka pes Demuara, Air Munira Drinks, Krim Sup dan Bubur Segera REZZA BRAND, Garam Nevgel your choice of halal product, Perfume One In A Million dan lain-lain.

7. Cabutan bertuah sumbangan Sabun Delourva, Yaqin Mart Sdn Bhd, Suffy Goat dan para pembekal.

10 lagi Hadiah hamper cabutan bertuah tajaan Sabun Delourva akan diberikan pada pada 11 Februari 2018.

Untuk maklumat, Delourva adalah Sabun Basuh Baju Sekolah yang mengkhususkan pakaian seragam sekolah termasuk baju sukan dan kasut sekolah.

Sebanyak 20 hadiah berupa hamper sumbangan produk dari para pembekal akan diberikan kepada yang bertuah pada jam 11.30pagi.

Semua pengunjung akan dipastikan menerima 1 hamper sahaja bagi keseluruhan cabutan bertuah bagi memberi peluang kepada mereka yang lain.

3 lagi hadiah tajaan Yaqin Mart Sdn Bhd dan 10 hadiah hamper tajaan Suffy Goat akan diberi pada jam 2.00 petang.

Yaqin Mart Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan 6 buah kedai halal mart iaitu AzZainMart Shah Alam, AzZainMart USJ Subang Jaya, AzZainMart Bandar Putera 2, AzZainMart Seksyen 27 Shah Alam, AzZainMart Alam Budiman dan AzZainMart Subang Impian.

Dengan membawa visi syarikat untuk menjadi pengedar utama produk halalan thoyyiba yang dipercayai dan diyakini bagi kawasan Lembah Klang berkonsepkan Halal Mart. Program seumpama ini adalah salah satu usaha kami bagi mencapai visi dan misi syarikat dengan memperkenalkan jenama tempatan yang halalan thoyyiba.

Hasil temu ramah dan perkongsian dari pelanggan kami sebelum ini, ada yang terkejut kerana tidak tahu ada banyak produk halal tempatan yang setanding dan lebih berkualiti dari produk di pasaran.

Produk-produk ini sebahagian besar sudah boleh memenuhi keperluan seharian yang merangkumi, makanan, minuman, pencuci dan lain-lain lagi.

5 PERINGATAN UTAMA DARI KAMI.

1. Pastikan anda menerima door gift setelah selesai mengisi borang cabutan bertuah.
2. ‎Derma darah bermula jam 9 pagi hingga 2.00 petang.
3. ‎Pertandingan mewarna bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
4. ‎Makanan & minuman disediakan secara percuma bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
5. ‎ Cabutan bertuah akan dibuat pada jam 11.30 pagi dan 2.00 petang.

AKHIR KATA

Kami amat berterima kasih kepada semua para pembekal yang menyokong dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha murni ini beroleh keberkatan di sisi Allah s.w.t.

Kami berharap usaha kecil kami dalam memperjuangkan produk halal ini diterima baik oleh masyarakat sekitar dan kami dahului dengan jutaan terima kasih!

Program Derma Darah

Insya Allah cawangan kami yang ke-6. AzZainMart Subang Impian!

Sempena pembukaan AzZainMart Subang Impian pada 03 Februari 2018,

Pusat Darah Negara (PDN) telah bersetuju untuk menganjurkan kempen derma darah dengan unit bergerak (Bas) mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Selain dari kempen derma darah anda dijemput untuk menikmati hidangan percuma yang disediakan sempena program pembukaan cawangan halal mart ini.
Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 3

Sumbangan Pembekal

Alhamdulillah kami baru sahaja menerima produk sumbangan Ne’mah Frozen Food iaitu Cucur Badak.

Cucur Badak Ne’mah ini akan disajikan secara percuma kepada semua yang hadir ke Program Derma Darah Sempena Pembukaan AzZainMart Subang Impian pada 03 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Untuk makluman cucur badak Ne’mah ni merupakan produk cucur badak yang terlaris di semua outlet kami. Jadi kepada mana-mana yang ingin mencuba boleh hadir pada 03 Februari 2018 nanti.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal-pembekal yang memberi sokongan berbentuk hidangan dan juga door gift!

Jom sokong produk halal!

Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 4

Jika ditanya oleh pelanggan, roti canai mana yang paling banyak dibeli oleh pelanggan lain, kami akan jawab roti canai Hani’s. Untuk rekod, kami telah menjual 13,195 keping di semua outlet pada tahun 2017!

Alhamdulillah kami telah menerima 100 keping roti canai Hani’s untuk disediakan kepada para pengunjung pada pembukaan AzZainMart Subang Impian.

Bagi yang ingin mencuba kenapa Roti Canai Hani’s ini menjadi pilihan para pelanggan kami, semua dijemput hadir ke Program Derma DarahSempena Pembukaan AzZainMart Subang Impian pada 03 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal-pembekal yang memberi sokongan berbentuk hidangan dan juga door gift!

Jom sokong produk halal!

Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 5

Beberapa pembekal kami sudah mengesahkan memberi sumbangan untuk jamuan makan sempena Program Derma Darah Sempena Pembukaan AzZainMart Subang Impian pada hari Selasa 3 Februari 2018 bermula jam 9 pagi hingga 2.00 petang.

Diharapkan sumbangan serba sedikit dari pembekal kami ini dapat dinikmati oleh para hadirin yang hadir nanti.

Insya Allah para tetamu dapat menikmati Air Cincau Iman, Air Longan Nur Asfa, Murtabak Hidaz, Sardin Roll D’Lienas Frozen dan pelbagai lagi.

Alamat AzZainMart Subang Impian adalah seperti berikut:
27-G, Jalan Musytari AP U5/AP, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

Google maps: https://goo.gl/maps/Jon1PFMLjmK2

Semua dijemput hadir!
Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 6 Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 7 Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 8 Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- AzZainMart Subang Impian 9

Read More

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping