fbpx

hsnada_group
Kumpulan HS Nada bergerak secara sepadu di dalam mengembangkan industri ternakan dan daging di Malaysia. Misi kami berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada pengerak industri ternakan dan daging yang berdaya maju dan mampu bersaing di semua peringkat di Malaysia dan antarabangsa.

Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun di Malaysia, HS Nada sememangnya pakar di dalam semua aktiviti dan proses lengkap dari penternakan, penyembelihan, pemprosesan penjualan serta pemasaran produk jenama HS Nada.

hsnada-ladangFidlot9 hsnada-ladangFidlot11

Kelebihan Dan Pengiktirafan Kumpulan HS Nada

  • Sijil HALAL untuk ternakan sembelihan HS Nada, yakni daging segar keluaran HS Nada sahaja
  • Sijil Pengesahan HALAL daripada Halal Industry Development Corporation (HDC)
  • Sijil HALAL untuk produk proses seperti bebola daging, daging segar dan sebagainya
  • Rumah sembelih mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Warga kerja yang efektif dan efisyen dalam mengeluarkan produk HS Nada yang berkualiti tinggi “Halal lagi Suci”
  • Dimiliki sepenuhnya bersama oleh empat orang Lembaga Pengarah dan telah didaftarkan sebagai 100% syarikat Bumiputra / Muslim

rumah-sembelih-hsnada3 rumah-sembelih-hsnada4 rumah-sembelih-hsnada12

Rumah sembelih HS Nada Ternak mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar

  • Sijil HALAL untuk ternakan sembelihan HS Nada
  • Sijil HALAL untuk sembelihan ternakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
  • Semua proses penyembelihan kami melalui kawalan kualiti yang ketat untuk memenuhi permintaan daging segar Halal di Malaysia dan antarabangsa
  • Warga kerja kami yang efektif dan efisyen memastikan mengeluarkan produk HS Nada yang berkualiti tinggi “Halal lagi Suci”.

maklumat lanjut layari laman web HS Nada

This Post Has 22 Comments

  1. bagaimana pasaran daging tempata pada masa sekarang? adakah sambutan sama seperti dahulu? bagaimana kita hendak menarik pelanggan dengan harga daging tempatan jauh lebih mahal daripada daging import?

    1. Alhamdulillah. sejak 2009, kami hanya menjual daging tempatan sahaja. kesedaran pelanggan tentang kualiti dan status halalan thoyyiba boleh menarik pelanggan. Pelanggan akan beli jika ‘value’ yang ditawarkan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

  2. assalamualaikom.. macam mana kalau nak dapat kan bekalan daging lembu ke sarawak? kos nya macammana?

  3. salam,ada jual daging kisar ke di sini?

    1. Waalaikumussalam. ada dan bergantung kepada stok semasa

  4. Assalam..sy mencari pembekal bagi keperluan untuk 10tan-20tan sebln..boleh bagi quo harga untuk daging mengikut bhgian?pm wasap 0173129715

    1. Waalaikumussalam. Tuan boleh terus berurusan dengan HS NADA.

  5. Salam..ada jual daging cincang ke??

  6. Assalam. Az-zain sec 15 ada jual lamb/mutton shoulder tak? Kalau ada boleh tahu berapa rm/kilo?

    1. waalaikumussalam. kami ada jual untuk portion kecil sahaja.

  7. Salam. pihak tuan ada menjual daging sejuk beku import ?

    1. Waalaikumussalam. maaf, kami hanya menjual daging tempatan sahaja.

  8. ASSALAMUALAIKUM…SAYA MENCARI PEMBEKAL UNTUK DAGING SEJUK BEKU,BAGAIMANA CARA NYA??

    1. Waalaikumussalam. puan boleh hubungi HS NADA untuk mendapatkan bekalan.

  9. Salam,

    Daging lembu disini daging organik ke?
    Ada jual daging kambing sekali? Semua cawangan Az-Zain ada jual sama juga ke?

    1. daging yang jual tidak mendapat pengiktirafan organik. pembekal kami HS NADA menternak lembu dan kambing secara fidlot. mereka mendapat pelbagai pengiktirafan dari badan kerajaan seperti pusat veterinar dan Halal JAKIM. semua cawangan kami menjual daging lembu dan kambing dari HS Nada.

  10. Salam .
    Saya berminat untuk jadi pengguna dan pengedar produk halal az-zain , bagaimanakah caranya?
    Berapakah modal yang diperlukan untuk permulaan dan info lanjut.

    TQ

    1. Waalaikumussalam. Hubungi kilang di talian 03-87231720. harap maklum.

  11. Berminat jd pengedar… Bagaimana..

    1. hubungi 03-87231720 untuk dapatkan maklumat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!