fbpx

Minyak Argan – Tiga Kali Ganda Vitamin E Dari Minyak Zaitun

Pengenalan Minyak Argan

Hari ini saya nak cerita tentang Minyak Argan.

Sejak kebelakangan ini ramai yang datang ke kedai kami cari Minyak-Argan, jadi saya ada cari beberapa maklumat mengenai minyak dari Morocco ini untuk dikongsikan kepada anda.

argan-tree
Pokok Argan.

Maklumat yang saya peroleh ini adalah dari pencarian google dan ada maklumat yang saya tanya terus kepada pengeluar produk.

Saya juga berkesempatan untuk dapatkan maklumat mengenai Minyak Argan ini terus kepada pengguna yang telah lama mengunakan Minyak ini.

Khasiat Minyak Argan.
kernel Argan

Dalam perkongsian ini saya akan mulakan dengan pengenalan mengenai Argan Oil dan seterusnya akan disambung dengan khasiat Minyak Argan.

minyak argan
minyak argan

Asal Usul Minyak Argan

Kita mulakan dengan asal usul Argan Oil, asalnya dari Maghribi yang terletak di timur tengah.

Negara Maghribi atau dikenali sebagai negara Morocco adalah sebuah negara yang kering.

Minyak-Argan yang ada dipasaran adalah hasil dari biji pokok Argan.

Pokok Argan ini dapat hidup dalam keadaan muka bumi yang kering.

Minyak  ini juga  dikenali sebagai minyak Minyak Emas Maghribi.

Cara Minyak Argan Dihasilkan

Berikut merupakan sebahagian teks dalam Bahasa Melayu

Selamat Datang ke pusat penghasilan Argan Oil.

Hanya wanita sahaja dari kawasan ini yang bekerja secara manual untuk menghasilkan minyak argan.

Pertamanya, di sini kamu boleh lihat pokok argan.

Pokok ini berusia 150 hingga 200 tahun dan hanya boleh didapati di kawasan ini di Morocco.

Buah Argan sekarang bewarna hijau dan akan bertukar kuning pada bulan Mei dan akan gugur.

Pada bulan Jun dan Julai kami akan mengutip dan hanya dapat 30kg hingga 90 kg untuk 1 pokok.

Kami perlu menghasilkan 1L minyak-argan untuk kuantiti tersebut.

Pertama Buah Argan akan diketuk menggunakan tangan.

Ia tidak boleh dimakan kerana pahit.

Kekacang ini di hancur dikisar menggunakan alat ini dan akan mengeluarkan pekatan yang halus bercampur minyak.

Langkah terkahir, Pekatan ini dimasukkan air untuk mengasingkan minyak dari pekatan dengan menguli menggunakan tangan.

Khasiat Minyak Argan

Antara khasiat Argan Oil adalah sebagai diet harian, kesihatan dalaman dan luaran, akhir sekali sebagai Anti oksidan.

Khasiat Minyak-Argan yang pertama adalah sebagai diet harian.

Di negara Maghribi ada satu hidangan tradisional yang dikenali sebagai Amlou Sweet.

Minyak Argan-Traditional-Moroccan-Amlou

Makanan tradisi ini adalah terdiri dari Minyak Argan itu sendiri dan dicampur dengan madu dan badam.

Dalam masakan ketika kukus, goreng atau semasa di panggang Minyak Argan ditambah dalam masakan .

Ini bagi meningkatkan selera dan memberi vitamin tambahan yang diperlukan.

Khasiat Minyak Argan seterusnya adalah sebagai kesihatan dalaman dan luaran.

Maklumat tambahan yang saya dapat dari pencarian saya di google  adalah minyak-argan elok untuk mengubati penyakit dikenali sebagai ‘chafing’.

Penyakit chafing terjadi ketika bahagian peha saling bersentuhan dengan kain pakain akan menyebabkan kulit peha sensitif.

Dalam perubatan India yang dikenali sebagai  Ayurvedic India Kuno juga menggunakan Minyak Argan untuk rawatan minyak badan.

Akhir sekali khasiat minyak ini adalah untuk anti Oksidan.

Kandungan vitamin yang ada dalam  Argan Oil adalah vitamin E.

Untuk pengetahuan anda vitamin E yang ada pada Minyak-Argan adalah 2-3 kali ganda banyak dari Minyak Zaitun.

Fungsi vitamin E adalah untuk membangun dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otat.

Akhir sekali, Argan Oil mempunyai kesan baik terhadap penyakit kardiovaskular kerana memgandungi lebih 80% mono dan asid lemal poli tepu.

Khasiat Minyak Argan Untuk Wajah

  1. Anti Penuaan
    Manfaat Argan oil untuk wajah tidak dapat dinafikan lagi dapat melewatkan tanda-tanda penuaan.Ia terdiri dari vitamin E dan antioksidant yang melawan kerutan dan perubahan kulit, membuat kulit anda ‘muda berkilau’.
    Cara menggunakannya:
     Gunakan minyak argan pada wajah anda sebelum tidur pada malam hari (untuk penyerapan maksima).
  2. Jerawat sangat mengganggu dan seringkali meninggalkan parut selepas ianya sembuh.

    Setiap orang ingin menghindarinya dan mencari cara yang efektif agar kulit kembali seperti sedia kala.

    Manfaat minyak-argan untuk wajah ialah mengatur produksi sebum (zat yang menyebabkan jerawat), dengan mencegah produksi sebum yang berlebihan yang dapat menyebabkan jerawat pada wajah anda.

    Minyak-argan juga mengandungi linoleic yang sangat baik untuk mengatasi inflamasi kulit dan agen anti jerawat yang baik.

    Cara menggunakannya: Anda hanya perlu mengaplikasikannya dengan lembut pada jerawat atau parut jerawat. Lakukan dengan konsisten.

  3. Melembapkan Kulit
    Kulit lembab sebenarnya adalah manfaat minyak argan untuk wajah pada kulit.

    Minyak argan adalah pelembab natural dan organik yang mudah diserap oleh kulit dan membuat kulit lebih tegang dan lembut.Bacaan lanjut di https://www.maryjardin.co

Cara Penggunaan Minyak Argan

Saya sempat bertanya kepada pelanggan kami yang membeli Argan Oil ini, bagaimana beliau menggunakan Minyak-Argan ini.

Setiap pagi selepas selesai mandikan anaknya beliau akan sapu minyak ini diseluruh badan.

Katanya untuk elakkan badan anaknya merah-merah.

5 Perkara Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli Minyak Argan Dalam Botol

Tonton video di bawah atau teruskan membaca di bawah untuk rumusan dari kami.

Menurut Video di atas yang telah ditonton sebanyak 4.7 juta kali, berikut merupakan 5 perkara yang perlu disemak sebelum membeli Argan Oil di dalam botol.

  1. Label bertulis 100% minyak argan atau argania spinosa.

    Jika terdapat bahan lain yang disenaraikan bermaksud ia bukanlah minyak-argan tulen.

  2. Menggunakan botol kaca yang gelap bagi mengekalkan kualiti minyak.
  3. Harga yang tidak murah kerana penghasilan minyak ini memerlukan tenaga yang banyak, tempoh yang panjang dan proses yang rendah teknologi.
  4. Minyak Argan dari Morocco yang dihasilkan melalui perahan sejuk mempunyai bau kekacang yang sederhana.

    Elakkan Argan Oil yang berbau kuat atau yang lansung tidak mempunyai bau yang berkemungkinan melalui proses pemanasan sewaktu proses penghasilan.
  5. Minyak-Argan Asli sangat lembut dan mudah menyerap ke dalam rambut dan kulit dalam hanya beberapa minit.

Sekiranya anda perminat untuk dapatkan Minyak Argan ini boleh kunjungi kedai rangkain AzZainMart.

Atau hubungi 013-3916730(Hakim) untuk dapatkan produk ini terus dihadapan pintu rumah anda.

Anda juga boleh dapatkan produk sunnah atau kesihatan yang lain di kedai rangkaian kami. 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!