kicap pedas lickat7

Kicap Pedas Lickat

Kicap Pedas Lickat Di Media

Kicap Pedas Lickat 1

SSB Food Industries Sdn Bhd pengeluar produk Sambal Kicap Joho Lickat merancang untuk meluaskan pasarannya ke beberapa pasar raya besar pada tahun depan berikutan sambutan menggalakkan sejak tahun lalu.

Pengurus Pemasarannya, Mohd Noor Ferdaus Baharuddin berkata, pada masa ini produk itu dipasarkan di 16 hingga 20 cawangan pasar raya sekitar Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Lembah Klang serta 20 ejen jualan individu.

“Kami menyasarkan untuk memasuki pasar raya besar seluruh negara pada tahun depan di masa Giant dijangka menjadi destinasi pertama seawal pertengahan tahun depan sebelum ia diikuti dengan cawangan pasar raya lain, ” katanya.

Kicap Pedas Lickat 2

Syarikat Bumiputra yang diusahakan Mohd Noor Ferdaus bersama rakan kongsinya, Mohd Hanif Latif Lan itu mula memperkenalkan produk Sambal Kicap Hijo Joho Lickat pada 2017 dengan modal permulaan sebanyak RM600.

Beliau berkata, produk sambal kicap komersial pertama negara itu dilihat mendapat sambutan baik di pasaran berdasarkan rupa, tekstur, kepekatannya yang didapati menepati citarasa penggemar makanan tradisi negeri Johor itu.

Menurut syarikat itu berjaya menjual sebanyak 2000 hingga 3000 bersaiz besar sebulan dan 3000 hingga 5000 ( saiz kecil ) sebulan bagi produk sambal kicap johor itu pada tahun lalu.

Kicap Pedas Lickat 3

“Untuk tahun depan, kami menyasarkan peningkatan jualan kepada 10000 hingga 15000 botol sebulan dan kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan aktiviti perluasan pasaran ke pasar raya besar.

“Kami juga yakin ia akan dibantu melalui perancangan untuk lebih agresif dalam pengiklanan dan promosi produk sekali gus memastikan jenama ini lebih dikenali dan diterima pengguna di negara ini” katanya.

Produk Sambal Kicap Joho Lickat ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu sederhana pedas, pedas dan ekstra pedas pada harga RM7.50 ( botol besar ) dan RM4 ( botol kecil bagi perisa sederhana pedas sahaja).

Luas pasaran

Alhamdulilah syukur nikmat padanya. Terima kasih harian metro Jumaat 28 Disember 2018 akhir tahun yang baik untuk syarikat SSB Food Industries Sdn Bhd. Harap 2019 lebih cemerlang, terima masih pada semua yang menyokong sambal kicap Joho dan syarikat.

#sambalkicapjoho#gengkemarukpedas#lickat

Sambal Kicap Joho Lickat

Menarik kan, terima kasih pada pelanggan saya ini Tn Zainulariff Ifwan. #teamkemarukpedas

Lickat Sambal Kicap Joho 2

Teringin Sambal Kicap Joho? Jom Beli di AzzainMart!

Untuk makluman, semua cawangan kami menyedikan khidmat penghantaran pada hari yang sama di kawasan sekitar.

Sumber : Harian Metro