Beras Juara
Isi Kandungan
Syarikat pemborong beras 100% milik bumiputera Islam dan produk yang dijamin halal dengan jenama Beras Juara.
Pengenalan Beras Juara
Juara Selera Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemborong dan mengkampit beras yang dimiliki 100% oleh Bumiputra Islam.
Berpengkalan di Parit Buntar, Perak, kami memproses dan mengredkan mutu beras yang terbaik kepada pengguna yang dikenali sebagai ‘Beras Matang’ sesuai dari segi kesihatan serta sebagai makanan ruji penduduk Malaysia.
Berupaya berdaya saing dalam pasaran serta menggunakan teknologi yang terkini.
Semua produk keluaran Juara Selera Sdn. Bhd. seperti beras J-Lima, Juara 10, Juara 5, Juara Biru, Juara Hijau, Juara Kuning, Langsat Hijau, beras pulut, bihun boleh didapati di kedai halal AzZainMart, Pasaraya Mydin, Tesco, AEON Big, Giant dan PERNAMA.
Sejarah
Bermula dengan sebuah kedai runcit di Permatang Pauh pada tahun 1950 yang diasaskan oleh Zakaria Bin Omar, dalam masa menjalankan perniagaan kedai runcit secara tidak langsung menjalankan perniagaan membeli padi dan kelapa daripada penduduk dan petani Permatang Pauh, Pulau Pinang sekitar tahun 1955.
Selain itu, Zakaria bin Omar telah menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina dalam perniagaan runcit dan borong beras.
Hasil penjualan yang mendapat sambutan dan memberangsangkan daripada pengguna, memberi keyakinan kepada Zakaria Bin Omar untuk menubuhkan syarikatnya sendiri.
Pada 14hb Disember, 1981, Kilang Beras Setia Jaya Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk memproses padi dengan lebih efisyen.
Pada 30hb. Mac 2001 dengan rasminya Syarikat JUARA SELERA SDN.BHD. ditubuhkan sebagai syarikat pemborong & mengkampit beras dibawah Jenama JUARA LANGSAT untuk dipasarkan terus kepada pengguna serta sebagai langkah memperkembangkan operasi dan menerokai pasaran secara meluas keseluruh negara.
Beras Juara di Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 16 Mac 2019
Slogan
Kami Sentiasa Memastikan Kualiti Produk berada pada Tahap yang Memberangsangkan.
Visi
Membekal dan mempertingkatkan kualiti beras yang terbaik dan bermutu tinggi kepada pengguna untuk kesihatan serta mempunyai daya saing dengan ‘Nears Import’.
Misi
Memproses dan mengredkan mutu beras yang terbaik kepada pengguna yang dikenali sebagai ‘BERAS MATANG’ sesuai dari segi kesihatan serta sebagai makanan ruji penduduk Malaysia. Berupaya berdaya saing dalam pasaran serta memajukan teknologi pengeluaran dari masa kesemasa.
Kesedaran pengguna tentang kandungan kanji yang banyak tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Atas kesedaran ini telah memberi rangsangan kepada Syarikat untuk mengeluarkan ‘BERAS MATANG’ yang berkualiti tinggi.
Lagu Tema Beras Juara
Kilang Beras Juara
Juara Selera Sdn. Bhd.
Lot 1771, Sungai Bakau,
34200 Parit Buntar,
Perak, Malaysia.
Tel : +604-5982144 / +604-5930771
Fax : +604-5982159
Iklan Ramadhan Beras Juara
Produk Juara
Antara produk-produk yang dikeluarkan dari kilang Juara Selera Sdn Bhd
Media Sosial
Beli Produk Juara Secara Online
Buat tempahan untuk penghantaran terus ke rumah bagi kawasan lembah klang dengan caj penghantaran serendah RM6.
Tempah Sekarang!