ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd (ARC) adalah sebuah syarikat pengeluar benih ikan air tawar khususnya benih Ikan Keli dan Tilapia.
Ditubuhkan pada Tahun 2007 dengan hasrat dapat memajukan sektor akuakultur dan menjadi penerus kepada sumber perikanan komersial.

ARC menjalankan aktiviti pembenihan & ternakan ikan air tawar di Ladang Bestari Jaya, Selangor.
Manakala Pusat Jualan Hasil Perikanan ARC bertempat di Sungai Buloh, Selangor.
Antara aktiviti-aktiviti harian ARC adalah membekalkan Benih Ikan dan penghantaran Ikan Keli Siap Siang ke restoran-restoran dan tempahan daripada individu.
Produk Vacuum ARC Berkat:
- Ikan Tilapia Berempah.
- Ikan Keli Berempah.
- Ikan Keli Siap Siang.
- Ikan Keli Salai.

Mengapa perlu pilih produk Vacuum ARC Berkat?
- Ikan Keli dan Tilapia diternak oleh Pengusaha Bumi Melayu Islam.
- Kolam berkeluasan 150 ekar bersamaan LEBIH dari 390 unit kolam.
- Ikan dijamin Halalan Toyyiban.
- Siap dipek dalam vakum pek.
- Isi ikan kental, sedap & segar.
- Tak bau hanyir.
- Siap disiang bersih “READY TO COOK/FRY”
Pemenang Anugerah Ikon Agro Negeri Selangor 2022
Pemenang Anugerah Ikon Agro Negeri Selangor 2022
– .., pada tanggal 30hb Oktober 2023 saya Mohd Hafiz Nordin mewakili Syarikat ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd telah memenangi Anugerah Ikon Agro Negeri Selangor Tempat Pertama, anjuran Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian & Perladangan, Keterjaminan Makanan & Industri Asas Tani Negeri Selangor.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yb Tuan Ir Izham Hashim selaku Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor.

Kami ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mendokong ARC dalam mencapai kemajuan dalam sektor akuakultur di Negeri Selangor.
Kami juga ingin turut berkongsi kemenangan ini bersama-sama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan usahasama dan juga Jabatan Perikanan Negeri Selangor (DOF) selaku usahawan di bawah bimbingan jabatan.

ARC bermula pada tahun 2007 dan terus giat dalam melakukan aktiviti akuakultur dengan memberi sumbangan terkini kepada Negeri Selangor iaitu dengan pengeluaran melebihi 100 Tan ikan keli dan tilapia sebulan dan juga penghasilan benih melebihi 7 juta ekor sebulan.
Sumbangan syarikat ini adalah untuk ke arah Keterjaminan Makanan di Malaysia di mana kita memerlukan syarikat-syarikat yang menghasilkan makanan untuk rakyat Malaysia dan mengurangkan kebergantungan negara kita kepada hasil import.

Komited ke arah “Sustainable Aquaculture”
ARC juga komited dalam penyelidikan ke arah “Sustainable Aquaculture” bagi menjamin pengeluaran pada masa hadapan yang mana faktor cuaca, tanah dan air yang menjadi kekangan di dalam sektor ini.
Penyelidikan ini giat diusahakan oleh Prof. Sharrazni Harmin iaitu penasihat kepada ARC dan juga Dr. Nordin bin Abdul Kadir Bakti selaku Pengarah ARC.

Selain itu ARC turut menyumbang bakti kepada orang ramai dengan menjalankan Pusat Latihan Akuakultur Selangor (PLAS) bagi membolehkan pengusaha dan penternak untuk menambah ilmu dalam bidang akuakultur ini.
Bagi Tahun 2023, 21 sesi telah dianjurkan dengan jumlah penyertaan adalah sebanyak 566 peserta yang datang dari seluruh Malaysia.
Dapatkan produk-produk keluaran ARC di Azzainmart
Sumber:
Facebook : Aquaculture Resource Centre
http://www.arc.com.my/
-
Ikan Tilapia (Berempah) ARC 500gRM17.60 -
Ikan Keli (Salai) ARC 500gRM17.60 -
Ikan Keli (Berempah) ARC 600gRM12.70 -
Ikan Keli (Siang) ARC 750gRM11.40