Posted on Leave a comment

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 1
Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 2

Pada 28 September 2015 kami telah berkunjung ke tempat penghasilan Sayur Fucuk Hasdey di Pulau Pinang.

6 Tahun berlalu, alhamdulillah pada tahun 2021 kami sekali lagi mengunjungi pusat penghasilan ini.

Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 3

Dari tiada pengesahan Halal JAKIM, kini telah mendapat persijilan Halal JAKIM dengan ketiga-tiga produk mereka.

Paling menarik dah ada Suhun! 🥰🥰😘

Sebelum ini kami sering memberi makluman kepada pelanggan yang bertanyakan tentang suhun ini bahawa kami tidak menjual kerana pembekal-pembekal yang cuba memasukkan produk ini tidak menyertakan persijilan halal.

Sijil Halal ini adalah sangat penting bagi produk seperti suhun ini kerana produk ini tidak dihasilkan di Malaysia.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 4

Jadi pihak pembekal perlu mencari sumber produk yang mendapat persijilan halal dari negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum mendapat sijil Halal JAKIM.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh tenaga kerja Fucuk Hasdey!

Moga para usahawan lain juga terus melakukan perubahan dan penambahbaikan untuk peningkatan kualiti produk. 💪💪

Keyakinan Anda Keutamaan Kami!

Sumber: Facebook AzZainMart

Dapatkan Fucuk Hasdey Di AzZainMart Dengan Segera

Posted on Leave a comment

Pengurusan AzZainMart Shah Alam Sekali Lagi Mengunjungi Tempat Penghasilan Sayur Fucuk Hasdey Di Pulau Pinang

Pengurusan AzZainMart Shah Alam Sekali Lagi Mengunjungi Tempat Penghasilan Sayur Fucuk Hasdey Di Pulau Pinang 5

Semalam, 28 September 2015 tim pengurusan kami sekali lagi mengunjungi tempat penghasilan sayur Fucuk Hasdey di Pulau Pinang.

Kunjungan pertama kami hanya berjaya membawa balik stok yang habis dijual dalam tempoh kurang seminggu sahaja.

Sayur Fucuk ini mendapat permintaan yang luar biasa menyebabkan stok yang dihasilkan tidak dapat menampung permintaan.

Kami sekali lagi mengunjungi En Hasdey dengan tujuan berbincang agar pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati sayur fucuk yang bersih, halal lagi baik.

Mudah-mudahan usaha kami ini dapat membantu ramai pelanggan lebih mudah mendapatkan produk halal.

Insya Allah.

12034271_1260342427325944_5366243553054587168_o 12038370_1260342767325910_9201200595176146728_n 12043122_1260342383992615_2843002597894494076_n 12068773_1260342207325966_4797089468805702586_o