fbpx
Beras Juara Beras Cita Rasa Selera Anda

Beras Juara

Syarikat pemborong beras 100% milik bumiputera Islam dan produk yang dijamin halal dengan jenama Beras Juara.

Pengenalan Beras Juara

Juara Selera Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemborong dan mengkampit beras yang dimiliki 100% oleh Bumiputra Islam.

En Zulkifli Hj Jamaldin, Pengarah Urusan Juara Selera Sdn Bhd menunjukkan stok padi.

Berpengkalan di Parit Buntar, Perak, kami memproses dan mengredkan mutu beras yang terbaik kepada pengguna yang dikenali sebagai ‘Beras Matang’ sesuai dari segi kesihatan serta sebagai makanan ruji penduduk Malaysia.

Berupaya berdaya saing dalam pasaran serta menggunakan teknologi yang terkini.

Semua produk keluaran Juara Selera Sdn. Bhd. seperti beras J-Lima, Juara 10, Juara 5, Juara Biru, Juara Hijau, Juara Kuning, Langsat Hijau, beras pulut, bihun boleh didapati di kedai halal AzZainMart, Pasaraya Mydin, Tesco, AEON Big, Giant dan PERNAMA.

Sejarah

Bermula dengan sebuah kedai runcit di Permatang Pauh pada tahun 1950 yang diasaskan oleh Zakaria Bin Omar, dalam masa menjalankan perniagaan kedai runcit secara tidak langsung menjalankan perniagaan membeli padi dan kelapa daripada penduduk dan petani Permatang Pauh, Pulau Pinang sekitar tahun 1955.

Selain itu, Zakaria bin Omar telah menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina dalam perniagaan runcit dan borong beras.

En Zulkifli Hj Jamaldin, Pengarah Urusan Juara Selera Sdn Bhd bersama produk keluaran syarikat

Hasil penjualan yang mendapat sambutan dan memberangsangkan daripada pengguna, memberi keyakinan kepada Zakaria Bin Omar untuk menubuhkan syarikatnya sendiri.

Pada 14hb Disember, 1981,  Kilang Beras Setia Jaya Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk memproses padi dengan lebih efisyen.

Syarikat Juara Selera Sdn Bhd

Pada 30hb. Mac 2001 dengan rasminya Syarikat JUARA SELERA SDN.BHD. ditubuhkan sebagai syarikat pemborong & mengkampit beras dibawah Jenama JUARA LANGSAT untuk dipasarkan terus kepada pengguna serta sebagai langkah memperkembangkan operasi dan menerokai pasaran secara meluas keseluruh negara.

Beras Juara di Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 16 Mac 2019

Slogan

Kami Sentiasa Memastikan Kualiti Produk berada pada Tahap yang Memberangsangkan.

Visi

Membekal dan mempertingkatkan kualiti beras yang terbaik dan bermutu tinggi kepada pengguna untuk kesihatan serta mempunyai daya saing dengan ‘Nears Import’.

Misi

Memproses dan mengredkan mutu beras yang terbaik kepada pengguna yang dikenali sebagai ‘BERAS MATANG’ sesuai dari segi kesihatan serta sebagai makanan ruji penduduk Malaysia. Berupaya berdaya saing dalam pasaran serta memajukan teknologi pengeluaran dari masa kesemasa.

Kesedaran pengguna tentang kandungan kanji yang banyak tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Atas kesedaran ini telah memberi rangsangan kepada Syarikat untuk mengeluarkan ‘BERAS MATANG’ yang berkualiti tinggi.

Lagu Tema Beras Juara

Kilang Beras Juara

Juara Selera Sdn. Bhd. 
Lot 1771, Sungai Bakau,
34200 Parit Buntar, 
Perak, Malaysia.

Tel : +604-5982144 / +604-5930771
Fax : +604-5982159

Iklan Ramadhan Beras Juara

Produk Juara

Antara produk-produk yang dikeluarkan dari kilang Juara Selera Sdn Bhd

Media Sosial

Facebook
Instagram
Laman Web

Beli Produk Juara Secara Online

Buat tempahan untuk penghantaran terus ke rumah bagi kawasan lembah klang dengan caj penghantaran serendah RM6.
Tempah Sekarang!

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!