Tentang Kami

AzZainMart

Az-Zain Shah Alam telah memulakan operasinya pada awal Januari 2008 di sebuah bangunan kedai di Seksyen 17, Shah Alam iaitu berhampiran dengan Perhentian Bas Shah Alam. 

logo azzainmart

Mulai April 2010 Az-Zain Shah Alam telah berpindah ke lokasi baru yang lebih strategik dan memudahkan pelanggan untuk berurus niaga di alamat No.9 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

azzain1

Kesedaran tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halal dan tayyiba telah membuka mata pengurusan Az-Zain Shah Alam untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim khususnya di sekitar Shah Alam.

Setelah lebih 10 tahun beroperasi, Az-Zain Shah Alam tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna.

Revolusi AzZainMart

Berikutan mendapat permintaan yang terus menerus dan ingin mempelbagaikan produk, kami bergerak sendiri dengan 8 cawangan baru di bawah jenama AzZainMart.

Cawangan AzZainMart

  • Seksyen 15, Shah Alam (HQ)
  • Usj 8, Subang Jaya.
  • Bandar Putera 2, Klang.
  • Seksyen 27, Shah Alam.
  • Alam Budiman Seksyen U10, Shah Alam.
  • Taman Subang Impian, Seksyen U5, Shah Alam.
  • Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan, Kuala Lumpur.
  • Bandar Bukit Puchong, Selangor.

Lihat semua cawangan di Google Maps

AzZainMart sentiasa berusaha memastikan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.

AzZainMart merupakan pengedar rasmi bagi produk-produk Dr. Zainol seperti ayam kampung, ayam daging, bahagian ayam, daging, daging lembu tempatan dan pelbagai produk hasil laut.

Selain itu, AzZainMart juga menjadi pemborong bagi produk-produk halal yang terkenal di pasaran seperti Adabi, Faiza, Suffy Goat, Susu Irfan, Ayam Bismi, Ayam Organik Delima Emas, dan lain-lain.

AzZainMart membawa satu revolusi baru mengenai penghasilan dan pemprosesan ayam. Iaitu ke arah yang lebih bersih, selamat, bebas daripada antibiotik dan kimia, dan semestinya halal sebelum disembelih sehinggalah ke proses pembungkusan.

Di AzZainMart terdapat pelbagai barang keperluan dan kesihatan lain yang merupakan produk-produk hebat bumiputera muslim. 

Kami juga menjadi pengedar dan penjual pelbagai produk muslim yang dijamin kualiti, kebersihan dan halal.

Di sini anda boleh mendapatkan produk kesihatan, kosmetik, penjagaan diri, makanan dan minuman, keperluan harian dan lain-lain produk muslim.

Kini, kami merupakan pemborong bagi pelbagai produk usahawan muslim. Kami juga menjadi pengedar dan penjual pelbagai produk halal yang dijamin kualiti, kebersihan dan halal.

Di sini anda boleh mendapatkan produk kesihatan, kosmetik, penjagaan diri,makanan dan minuman, keperluan harian dan lain-lain produk muslim. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-7195173 (En. Hazwan).

Cara Membeli Di AzZainMart?

Anda boleh membeli produk halal di semua 7 cawangan kami sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Klang atau membeli secara atas talian (online)!

Untuk pembelian secara online, daftar untuk mula membuat pembelian dan anda boleh mula membuat tempahan.

Anda boleh membayar melalui pemindahan bank, kad kredit atau kad debit dengan mudah.

Jika saya buat pembelian hari ini, bilakah saya akan terima pesanan saya?

Kami sedaya upaya berusaha untuk menghantar kepada anada antara dalam masa 3 hari atau kurang.

Jika anda membuat pembelian pada hari kerja dari Isnin hingga Jumaat sebelum jam 4.00 petang, anda akan menerima bungkusan pada keesokan harinya.

Sekiranya pembelian anda selepas jam 4.00 petang pesanan anda akan dihantar pada hari bekerja berikutnya. Maka, anda akan menerima bungkusan dalam 2 hari akan datang.

Jika anda membuat pembelian pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad), kami akan memproses penghantaran anda pada hari Isnin yang akan datang.

Sekiranya pembelian dilakukan semasa Cuti Umum, kami hanya dapat memproses penghantaran anda pada hari bekerja yang seterusnya.

Produk yang saya terima tamat tempoh atau rosak, apa yang harus saya lakukan?

Bertenang, kami akan membantu anda menggantikan produk baru jika produk itu rosak disebabkan isu pembungkusan, produk yang sudah tamat tempoh dan penghantaran yang salah.

Sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173.

Saya tidak ada di Malaysia tetapi mahu mendapatkan produk halal dari AzZainMart.

Kami tahu bahawa produk yang kami jual mungkin sukar didapati di sana. Buat masa ini, urusniaga dalam talian kami hanya memenuhi permintaan di Malaysia, tetapi kami boleh mendapatkan maklumat caj bagi penghantaran antarabangsa.

Hubungi di whatsapp kami 60137195173 untuk nyatakan tempahan anda dan kami sedia membantu anda.

Saya mempunyai permintaan khas untuk pembelian secara borong, boleh bantu?

Kami sedia membantu anda! Kami boleh memenuhi keperluan khas seperti hadiah korporat, hari jadi, majlis perkahwinan, tempahan bantuan dan sebagainya.

Kami juga menerima tempahan secara Local Order (LO) dari Jabatan Kerajaan dan juga menyediakan pakej untuk membuka kedai halal mart.

Hubungi 013-7195173 untuk mendapatkan maklumat.

Bolehkah saya menjadi pembekal kepada AzZainMart?

Ya, anda amat dialu-alukan untuk menyertai kami dan kami membantu mengembangkan perniagaan anda.

Walaupun anda hanya beroperasi dari rumah dan membuat sendiri, hubungi kami di 013-3653934.

AzZainMart.com diuruskan oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping