Susu Kambing Segar Frozen

Susu Kambing Segar Frozen sentiasa mempunyai permintaan sepanjang tahun di kedai Az-Zain.

Susu Kambing Segar Frozen 1

Ada kalanya kami akan terputus bekalan yang biasanya berlaku apabila musim panas yang panjang.

Mengikut maklumat yang diberikan oleh pembekal kami, pada musim panas yang terlalu terik, jumlah susu kambing yang dapat dihasilkan berkurangan dari kebiasaan.

Antara kebaikan susu kambing ialah ia dapat membantu kesihatan usus kerana ia

  • Mengandungi prebiotic iaitu makanan buat bakteria baik di dalam usus
  • Membantu menurunkan paras kolestrol
  • Membantu kesihatan tulang kerana susu kambing kaya dengan kalsium dan phosphorus
  • Meningkatkan daya tahan badan
  • Mengelakkan penyakit nyanyuk (neuro degenerative disease) disebabkan kandungan zink dan selenium susu kambing

Susu Kambing Segar Frozen 2

Kajian menunjukkan susu kambing juga membantu mengatasi masalah anemia disebabkan kemampuannya menguraikan zat besi dan kuprum yang tinggi khususnya bagi mereka yang terbatas kemampuan penghadaman nya.

Susu Kambing juga sangat bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Kandungan lemaknya rendah, namun masih mengandungi khasiat protein dan asid amin yang tinggi setanding susu lembu.

Ini membantu, iaitu walaupun berat badan berkurang, dengan adanya khasiat protein yang tinggi, susu kambing membantu individu untuk merasa sihat dan segar.

Perbezaan antara susu kambing dan susu lembu

Perbezaan antara susu kambing dan susu lembu yang sangat ketara adalah komposisi lemaknya. Berbanding susu lembu, susu kambing lebih mudah dihadam, sekaligus ia membantu bagi individu yang bermasalah dengan susu lembu.

Susu Kambing juga bersifat allergenic, iaitu kurang risiko terhadap reaksi alahan atau hipersensitif.

Namun, disebabkan susu kambing juga mengandungi sejenis protein yang sama seperti susu lembu, bagi sesetengah bayi kecil yang alah terhadap susu lembu berkemungkinan alah terhadap susu kambing juga.

Selain itu, beberapa pendapat pakar kurang menyarankan susu kambing untuk diberikan kepada bayi di bawah umur satu tahun, kerana ia boleh menyebabkan gangguan usus.

Bagi bayi berusia bawah setahun yang alah terhadap susu lembu, susu soya atau juga terhadap susu formula hipoallergenik, pemerhatian dari pakar sangat penting sekiranya bayi diberikan susu

Rujukan: Buku Sajian Sunnah Diet Rasulullah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping