Rasa Keenakan Ayam Organik 1

Rasa Keenakan Ayam Organik

 

Artikel ini dikeluarkan oleh akhbar Kosma pada 29 Oktober 2007
ayam_organik

KUALA LUMPUR – Harga ayam kampung yang dijual sehingga RM16 seekor mungkin melemahkan semangat sesetengah orang untuk membeli, namun jika anda mahukan ternakan kaedah organik yang bebas bahan kimia, mungkin produk Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja sesuai menjadi pilihan.

Idea Mohamad Zainol, 48, melalui pengalamannya semasa menuntut dan bekerja di luar negara itu bukan sahaja menyediakan makanan halal kepada umat Islam malah berguna kepada mereka yang mementingkan kesihatan.

Lebih menarik, beliau memberitahu, ayam kampung organiknya mempunyai nutrisi yang tinggi dan dapat membina sistem imuniti badan yang baik.

Mohamad Zainol menjelaskan, ia diternak 100 peratus secara organik dan tiada kena mengena dengan teknik organism pengubahsuaian genetik (GMO).

“Kami tidak menggunakan antibiotik, suntikan hormon, beta agonist atau salbutamol,” katanya yang bertugas sebagai doktor gigi di klinik miliknya sendiri bersama isteri di Ampang.

Beliau telah memasarkan ayam itu secara kecil-kecilan sejak tiga tahun lalu dan kini jualannya melebihi 1,000 ekor sehari dengan ramai pengedar di beberapa bandar utama.

Ternakannya itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, yucca schidigera, marigold extract, pandan dan limau purut.

Ayam-ayam itu juga dibiarkan bergerak secara bebas tanpa dikurung kerana melalui teknik itu ia dijangka dapat menghasilkan daging berprotein tinggi.

Meskipun agak mahal, sambutan orang ramai sangat menggalakkan dan kata Mohamad Zainol, ia bukan saja menjadi tumpuan umat Islam malah menjadi pilihan pelanggan bukan Islam.

Orang ramai yang ingin merasai kelainan dan keenakan ayam kampung organik itu boleh berkunjung di premis beliau di Taman Nirwana, Ampang yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang

2 comments

    Assalamualaikum Dr, nk tnya apa beza ayam daging Az Zain dgn ayam daging bukan keluaran Az Zain?. Mohon pencerahan

      Waalaikumussalam. untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-87231720.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping