Sabun Taharah Untuk Sertu

Sabun Taharah adalah sebuku sabun ~ bernama Taharah. Taharah ialah dalam Bahasa Arab yang bermaksud  satu bab dalam bidang Fekah yang membincangkan tentang kebersihan dan bersuci.

Samak Atau Sertu?

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, samak didefinisikan sebagai: Zat yang digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yang sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. Rujuk  Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Manakala kalimah sertu pula membawa maksud:  Menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Cuma pada kebiasaanya oleh masyarakat Malaysia menyebut bawah samak itu adalah sertu dan diharap tidak mengelirukan para pembaca di sini.

sabun taharah

Taharah Soap
Taharah Bath Soap (100g)

Contain of vitamin A, C & E, Clay, Mineral, Magnesium, Sodium, Calcium, Potassium, and Marine Sediment (Seaweed).

  • Transfer high volume of minerals to skin to moisturize, soften and brighten your skin.
  • Absorb oil from skin & draw toxin
  • Heals and disinfects skin, improve circulation and is proven to cure skin problem.i.e. rashes, dryness, eczema
  • Leaves skin clean and fresh
  • For multipurpose cleaning i.e. vegetable, stain, cloth, jewellery and dishes.

Sabun Taharah Jual Dimana?

Sabun taharah boleh di dapati di farmasi, mydin dan juga kedai AzZainMart yang berdekatan anda.

Sekiranya anda dari Bangi, Johor Bharu, Kuantan, Seremban, Melaka, Alor Setar, Sabah atau Brunei, anda mungkin tertanya tanya Sabuh Taharah dijual dimana? Anda boleh beli Sabun Taharah Online!

Kami jual Sabun Taharah Sabun Taharah secara online. Klik di sini untuk membeli.

Kelebihan Sabun Taharah

Mengandungi 90% tanah liat.

Khasiat :

  • Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
  • Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering
  • Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
  • Menghilangkan bau badan
  • Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
  • Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
  • Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.)
  • Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
  • Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
  • Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.

Cara Guna Sabun Taharah Untuk Samak @ Sertu

cara-cara untuk menyertu adalah seperti berikut

  1. Masukkan sabun ke dalam sebaldi air dan kocak hingga air bertukar menjadi betul-betul keruh atau sabun larut. Potong kecil-kecil dan guna mengikut keperluan.
  2. Siram di tempat yang hendak disertu berserta niat.
  3. Bilas dengan 6 kali air bersih/mutlak.

Clay Miff sabun sertu dan samak merupakan produk yang mempunyai fungsi yang sama.
Klik di sini untuk lihat produk Clay Miff.

ANDA PERLUKAN KHIDMAT PENGHANTARAN @ POS ??
Whatsapp [KUANTITI] TAHARAH [LOKASI] ke 0137195173

Hukum-Hakam Berkaitan Sertu

Hukum Samak Menggunakan Sabun Tanah @ Sabun Taharah-Ustaz Don

Sertu adalah proses menghilangkan najis yang berpunca dari jilatan anjing. Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi S.A.W berkaitan isu ini. Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Riwayat Muslim (279)

Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

Maksudnya: Apabila seekor anjing minum di dalam bekas salah seorang kami maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan.

Riwayat al-Bukhari (172)

Berdasarkan kedua-dua riwayat di atas, dapat kita keluarkan dua perkara berikut:

  • Mafhum daripada hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu kotoran dan juga najis. Oleh kerana itu ia perlu disucikan.
  • Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada kewajipan perkara tersebut.

Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah berkata: Wajh al-dalalah nya adalah bersuci itu sama ada kerana hadas, atau kotoran, ataupun suatu kemuliaan. Dan tidak ada hadas pada bekas (minuman), begitu juga tidak ada kemuliaan padanya. Maka yang menjadi penentu (bersuci) di sini adalah bersuci daripada al-khubs (kotoran).

Maka sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian paling bersih dari anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk dianggap sebagai najis). Begitu juga khinzir, kerana keadaannya adalah lebih buruk berbanding anjing. Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105).

Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti Berkenaan Penggunaan Sabun Untuk Taharah

Pertama: Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat.

Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Kedua: Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah

Dar al-Ifta’ dalam menjawab soalan berkenaan hukum dan kaifiat menyucikan bekas yang dijilat anjing berkata pada penghujung jawapan: ‘’Dimustahabkan untuk menggunakan tanah pada basuhan pertama. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: (Basuhan) pertamanya adalah dengan tanah.

Riwayat Muslim.

Dan dibolehkan untuk mengganti tanah dengan sesuatu yang boleh mengambil tempatnya pada zaman ini dengan benda-benda moden yang dapat menyucikan. Ini kerana yang dimuktamadkan adalah taharah (suci) secara mutlak. Rujuk www.dar-alifta.org.eg, fatwa no. 3799.

Ketiga: Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah

Keputusan akhir fatwa berkaitan isu ini menyebut: ‘’Dan pakaian itu apabila dicampakkan ke dalam air yang suci dan ia dibasuh sehingga hilang kesan-kesan najis darinya, maka ia mensucikan keseluruhannya daripada najis-najis anjing dan selainnya. Dengan syarat  basuhan untuk najis anjing itu berulang sebanyak tujuh kali, dan basuhan yang pertama adalah dengan tanah atau apa-apa yang menggantikan tempatnya seperti sabun dan selainnya’’. Fatawa al-Lajnah al-Da’imah (4/196).

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 221 : HUKUM SERTU MENGGUNAKAN SABUN TAHARAH

kami cenderung menyatakan bahawa hukum penggunaan sabun taharah atau sabun tanah liat adalah harus. Bahkan proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah.

Pendapat ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat kebanyakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang hidup dalam suasana majmuk, dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Adapun penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama sekiranya terdapatnya ia.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Sumber

Beli Sabun Taharah Secara Online

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping