fbpx

Air Gau

Air Gau merupakan Air Minuman yang berpunca dari air semula jadi.

Air ini bukanlah berpunca dari air paip seperti air minuman yang lain.

Di sini kami huraikan secara menyeluruh berkenaan air yang istimewa ini.

air gau

Sejarah Air Gau

Video: Sejarah Penemuan Air Gau

Kami sertakan di sini video wawancara bersama Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Anda boleh meneruskan pembacaan dalam bentuk teks mengenai sejarah Air Gau di bawah.

Air GAU adalah air mata air yang merupakan anugerah Allah kepada kita semua melalui Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman yang mengasaskan sebuah pondok di Kg. Sungai Gau, Temerloh, Pahang.

Beliau telah menemui sumber air ini setelah membuat solat hajat kerana pondoknya tiada sumber air, pada suatu malam beliau telah bermimpi seseorang datang menunjukkan tempat supaya beliau menggali telaga.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1991.

"<yoastmark

Selepas digali, mata air ini menjadi kegunaan umum, orang ramai datang mengambilnya untuk pelbagai kegunaan mandi, minum dan sebagainya.

Air (yang keluar dari mata airnya) dibiarkan mengalir begitu sahaja tanpa diketahui khasiat dan keistimewaannya.

Dianalisa oleh Universiti Putra Malaysia

Selepas sepuluh tahun, iaitu pada tahun 2001 barulah air ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, lalu mereka membuat kajian tentang khasiat dan keistimewaan air ini.

Ianya telah disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia.

Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya.

Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.

Mengandungi Kandungan Mineral Yang Tinggi

Air ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Terdapat kadar garam galian yang tinggi (TDS 284mg/I) dan pH berakali sebagai penjana tenaga iaitu pH 7.9 kandungan mineralnya.

Satu-satunya air bermineral tinggi di MALAYSIA.

Air Melimpah Walau Tidak Dipam Hingga Hari Ini

Mengikut Ustaz Abdul Mujib, anak kepada Tuan Guru yang menjaga kilang Air GAU, setiap hari mereka mengepam 12,000 liter air ini untuk dibotolkan.

Menurutnya lagi air mata air ini jika tidak dipam, ia nya akan melimpah keluar dengan sendiri bukan seperti telaga biasa yang tidak melimpah.

Air ini juga yang telag didoakan oleh tiga orang ulamak besar tanah melayu kita, seperti Almarhum Tuan Guru hj Abdullah Lubuk Tapah, Almarhum Tuan Guru hj Dr Haron Din dan Tuan Guru hj Baqi Osman sendiri.

Infografik Air Minuman Gau

Kenapa Air Gau Guna Penutup Botol Warna Putih?

Jika  menjual  air untuk kegunaan manusia, pengilang perlu mengikut  Peraturan-Peraturan Makanan  1985. Dan untuk diiktiraf sebagai air mineral ada beberapa syarat perlu dipatuhi.

Antaranya adalah punca air yang diambil tiada bangunan dalam radius 1km.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana sebagai pengilang  mendapat kelulusan sebagai air mineral boleh rujuk Portal Rasmi Jabatan Mineral Dan Geasains Malaysia(JMG).

air gau
Gambar kanan Air Gau 1.5l dan kiri Air Gau 600ml

Telaga Air Gau ini berada di Lot 2219 Mukim Bangau,KM 9 Jalan Maran, Kg Sungai Gau.

Berhampiran telaga itu terdapat Sekolah Agama kurang dari 1 Km.

Jadi kelulusan untuk diiktiraf sebagai Air Mineral tidak dapat diperolehi walaupun berpunca dari mata air (bawah tanah).

Air Minuman Gau memperoleh Sijil Kelulusan yang sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kelulusan diberikan setelah pemeriksaan rapi dilakukan di telaga pemprosesan Air Gau di Temerloh Pahang.

Boleh semak di laman web KKM untuk rujukan.

Perbezaan Air Mineral Semula jadi (AMS) & Air Minuman Berbungkus (AMB)

Di laman portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menggariskan beberapa jenis perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus.

Air gau - perbezaan air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus

Air Minuman Berbungkus yang berpenutup putih, tidak semestinya berpunca dari air paip sahaja, tetapi ia boleh berpunca dari telaga tiub seperti Air Gau.

Untuk membaca perbezaan penuh ini bolel layari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengedar Air Gau

Air Minuman Semulajadi Gau boleh didapati di semua rangkaian AzZainMart.

Kami berada di Shah Alam, USJ Subang Jaya, Bandar Putera 2 Klang, Seksyen 27 Shah Alam, Taman Alam Budiman U10 Shah Alam, Taman Subang Impian U5 Shah Alam.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Air Minuman Gau boleh kunjungi laman Facebook: Air Gau

Artikel Berkaitan

Kami kongsikan di sini perkongsian berkaitan Air Gau yang boleh didapati di internet.

Menadah Air Gau Di Sungai Gau

Penulis dari ceritaimtiyaz.blogspot.com menulis perkongsian mereka ke Kilang Gau Baru Sdn Bhd di Kampung Sg Gau, Temerloh.

InsyaAllah, sesiapa yang nak cuba ke kilang ni dan ambil sendiri air mineral gau, boleh la ke sana.

Boleh ambil banyak sikit..hehe..

baca lanjut di sini

Kisah Sumbangan Air Gau

kisah sumbangan air gau

Kami menerima tempahan pukal dari seorang insan hebat untuk membekalkan 50 kotak Air Minuman Gau di salah sebuah masjid di Shah Alam.
 
Sedang kami menurunkan berkotak-kotak Air Minuman Gau ini, beliau berpesan,
 
“Kamu sambil angkat tu perbanyakkan selawat.”

Kelebihan Air Gau – Anugerah Allah Terindah

Air Mineral Gau ni adalah air sumber galian yang telah ditemui oleh seorang tuan guru lebih kurang 20 tahun dulu.

MARDI telah melakukan kajian akan baik-bahaya nya minuman ini supaya tiada masalah kepada orang ramai pada masa hadapan.

Alhamdulillah, kajian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan dan kandungan bahan galian yang hampir sama dengan air ZamZam..

Subhanallah ! Anda jangan salah sangka ye, Air Minuman Gau ni adalah mata air atau air gali dan bukannya air sungai..^^

Antara kelebihan Air Gau dari segi jasmani adalah :

1. Ianya dapat membantu meningkatkan stamina dalam badan, mempertingkatkan aliran oksigen dalam badan sekaligus menjadikan badan segar dan tidak letih.

( Memang sangat sesuai untuk anak-anak sekolah sebab kebanyakan customer yang ambil untuk bekalan anak-anak sekolah selain dijadikan minuman harian)

baca lanjut di sini

Air Gau, Air Terbaik Selepas Air Zam Zam

Air Gau, Air Terbaik Selepas Air Zam Za

Nak tahu air terbaik selepas air Zam Zam? tentulah air Gau (Air yang cukup Masyhur di kalangan Orang Pahang especially Temerloh bandar ikan patin tu).

Air Gau ni lebih murah dari air spritzer apa lagi air Evian dari Switzerland tu… evian tu dikatakan air ke-3 terbaik dunia…

baca lanjut di sini

Pelancaran Home Delivery di AzZainMart!. masukkan kod kupon azzainmart untuk dapatkan free delivery! Dismiss

×

Cart