27 Tan Produk kurma guna logo halal tidak sah disita

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar)

27 Tan Produk kurma guna logo halal tidak sah disita

BUKIT MERTAJAM: Sebuah gudang yang menempatkan pelbagai jenis kurma di Bandar Perda di sini, diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, hari ini.

Rampasan bernilai RM448,000

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, pelbagai jenis produk kurma bernilai RM448,000 dirampas berikutan kesalahan menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 1

Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata serbuan itu dijalankan dengan kerjasama pegawai daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Serbuan berdasarkan aduan orang awam

“Serbuan membabitkan enam penguat kuasa PPDNHEP dan dua pegawai JAIPP itu diadakan selepas jabatan berkenaan menerima aduan daripada orang awam berhubung penggunaan logo halal terbabit.

27 Tan Produk kurma guna logo halal tidak sah disita 3

“Pemilik didapati membekal dan memasarkan kurma ini dengan menggunakan penandaan halal tanpa mendapat kebenaran daripada JAKIM.

“Susulan itu, kita menyita 27 tan kurma bernilai RM448,000,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 2

Difahamkan, kurma itu diimport dari pelbagai negara sebelum ia dipasarkan di sekitar utara Semenanjung.

Mohd Ridzuan berkata, siasatan awal mendapati premis itu beroperasi sejak tiga tahun lalu, selain tidak pernah memohon untuk mendapatkan penandaan logo halal sah.

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 3

“Pemilik sebaliknya memberi alasan tidak munasabah dengan menyatakan dia tidak tahu bahawa perlu memohon terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan logo halal.

Peniaga dikehendaki tidak menggunakan logo halal tanpa kebenaran

“Semua peniaga dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan tanda halal yang tidak sah kerana ia boleh mendatangkan keraguan dalam kalangan pengguna Muslim,” katanya.

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 4

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa berwibawa.

“Jika sabit kesalahan, pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000.

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 5
Logo Halal Jakim

“Bagi bukan pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Oleh Nur Izzati Mohamad
[email protected]

Pandangan Kami

Kita seringkali mendengar kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh para peniaga.

Walaubagaimanapun kes ini menarik minat kami kerana produk yang diletakkan logo halal ini adalah kurma yang mana tiada kepentingan untuk pengguna khususnya pengguna muslim membelek sama ada kurma yang dibeli mendapat perakuan halal JAKIM atau pun tidak.

Ini berbeza dengan pemalsuan logo halal yang diletakkan di produk-produk yang diproses atau restoran yang bertujuan bagi mendapat keyakinan pengguna muslim.

Jadi kenapa kurma ini perlu diletakkan logo HALAL?

Carian kami di Google Search mendapati syarikat ini pernah didenda pada 19 November 2018 atas kesalahan menjual kurma yang mengandungi serangga.

Padah Jual Kurma Ada Serangga

Produk Kurma Bernilai RM448,000 Dirampas Atas Kesalahan Menggunakan Logo Halal (Video + Gambar) 6

Kemaman 19 Nov Syarikat Azewa Trading Sdn. Bhd yang beralamat di Bukit Mertajam Pulau Pinang di denda RM 5000 atas kesalahan menjual kurma tangkai jenama Utiqa yang mengandungi benda asing serangga dan larva oleh Mahkamah Majistret Kemaman.

Majistret Badrul Munir Mohd Handy menjatuhkan hukuman itu selepas Chua Ban Fong selaku Pengarah Syarikat mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. 

Mengikut pertuduhan syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah peraturan 37(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu menyedia makanan untuk jualan yang mengandungi juzuk kebetulan iaitu benda asing di dalam kurma. 

Berdasarkan fakta kes kejadian berlaku pada awal Mei tahun lepas semasa Operasi Pemantauan Kurma Bulan Ramadhan. Pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kemaman telah membeli dan membuat persampelan kurma di Pasaraya Cola Kemaman. Sampel tersebut telah dihantar ke Makmal Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor untuk dianalisa dan didapati mengandungi empat puluh satu bendasing iaitu dua Carpopophilus hemipterus dewasa, lima Carpophilus obsoletus dewasa, dua Tribolium castaneum dewasa dan tiga puluh dua larva serangga dari kumpulan Coleoptera.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Rosli B. Abd Wahab. Terdahulu Majistret menerima pemberatan yang diberikan oleh pihak pendakwa dan memberi hukuman yang tinggi memandangkan ia melibatkan kepentingan kesihatan awam.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun. Pengarah syarikat tersebut telah menjelaskan bayaran denda tersebut. 

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Mohd Anuar Abd Rahman berkata, kes tersebut adalah yang pertama bagi kes kurma pada tahun ini. Beliau menasihati pihak pengilang atau pembungkus kurma mengambil langkah-langkah kawalan kualiti melalui mendapat sijil pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepanjang tahun ini sebanyak 4 kes pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 telah dibawa ke mahkamah. Manakala sebanyak 92 notis kesalahan dibawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan telah dikeluar sepanjang tahun ini dengan jumlah RM 21,396.

Beliau menasihati kepada peniaga agar mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada pengguna khususnya bagi mengelak berlakunya penyakit berjangkit bawaan air dan makanan.

Sumber

Jual Hingga di Thailand

Carian kami juga dapati produk ini dijual bukan sahaja di utara semananjung, malah hingga di Thailand!

Premis beroperasi sejak 3 tahun lalu tatapi kesalahan dilakukan sejak 2014

Carian bagi perkataan Azewa di laman Facebook, kami menjumpai produk ini telah dijual sejak tahun 2014 dengan logo halal yang menyerupai logo Halal JAKIM.

Kurma Tangkai Azewa

Kurma yang diedarkan oleh sebuah syarikat di Batu Caves Selangor pada 19 Mei 2014

Jenama Azewa Sudah Berada Di Pasaran Malaysia Sejak 2013

“Pemilik sebaliknya memberi alasan tidak munasabah dengan menyatakan dia tidak tahu bahawa perlu memohon terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan logo halal.

Petikan berita di atas

Kami juga setuju bahawa alasan ini tidak munasabah sedangkan jenama Azewa sudah berada di pasaran sejak 2013 lagi.

Kesimpulan

Kami menyokong usaha penuh pihak berkuasa yang sentiasa terus menerus menjalankan serbuan bagi menguatkuasakan undang-undang khususnya berkaitan makanan halal.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada peniaga bahawa tidak secara sewenang-wenangnya meletakkan logo halal di produk mereka.

Kami juga berharap pelanggan khususnya pengguna muslim sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan berkenaan isu Halal di negara kita ini.

Anda mempunyai komen atau pandangan berkenaan isu ini? boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping