by Unknown author
kilang proses fucuk kotor

Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu.

GEORGETOWN – Bau yang menjijikkan dan peralatan yang digunakan turut kotor serta terdapat Tikus dan lipas berkeliaran. Itu antara hasil tinjauan keadaan di dua buah premis memproses fucuk di Solok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Pemeriksaan dibuat oleh Anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam Op Tegar pada 10 Mac 2021.

Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu. 1
sumber : Berita Harian https://www.bharian.com.my/

Menurut Pegawai Kesihatan BKKM JNKPP, Mohd Wazir Khalid berkata :

“Keadaan dua premis yang diusahakan sebuah keluarga sejak 1970-an ini amat tidak memuaskan kerana peralatan kayu memproses fucuk kotor dan boleh akibatkan pencemaran dalam makanan”.

Tikus dan lipas berkeliaran sekitar peralatan memproses Fucuk.

“Susunan peralatan yang tidak sepatutnya berada dalam premis ini telah mengundang kehadiran tikus dan lipas apabila anggota penguat kuasa menemui haiwan itu berserta najis di tepi pintu peti sejuk beku“.

Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu. 2
Peralatan untuk menyimpan Fucuk
Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu. 3
Kayu untuk meletakkan Fucuk Kotor

Tiada Label Pembungkusan dan Lesen Perniagaan.

“Selain itu, fucuk yang dipasarkan di sekitar Pulau Pinang ini juga didapati tidak mempunyai label pada bungkusan, perusahaan didirikan di atas tanah berstatus perumahan serta tidak mempunyai lesen“.

Tindakan telah diambil tetapi masih tiada perubahan.

Menurut pegawai itu lagi, “pemilik premis juga didapati telah melakukan penambahan struktur pada bangunan premis tanpa kebenaran dan tindakan lanjut akan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)“.

Dikatakan, pemeriksaan kali terakhir di premis ini telah dilaksanakan pada Mac tahun lalu namun pemilik premis masih tidak mengambil tindakan dan tiada perubahan dibuat.

Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu. 4
Pemeriksaan di sekitar peralatan memproses Fucuk
Meloyakan! 2 Buah Kilang Proses Fucuk Diserbu. 5

Susulan itu, pemilik premis dikenakan tiga kompaun di bawah Akta Makanan 1983 dengan nilai keseluruhan RM7,500. Mereka juga diberi notis penutupan premis mengikut Undang-Undang Kecil MBPP 1991.

sumber : Berita Harian

Komen AZZAINMART

Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pegawai yang menjalankan tugas dalam serbuan ini dan juga semua yang terlibat.

Kami berpendapat pusat penghasilan produk seperti ini tidak harus wujud malah amat membahayakan kesihatan pengguna.

Sebagai pengguna muslim, kita bukan sahaja perlu memilih produk yang halal pada logo sahaja tetapi halalan thoyyiba iaitu halal lagi baik.

Bagi produk fucuk, terdapat beberapa produk muslim yang sudah ada di pasaran seperti berikut:

Baca Lanjut: Pengurusan AzZainMart Shah Alam Sekali Lagi Mengunjungi Tempat Penghasilan Sayur Fucuk Hasdey Di Pulau Pinang

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping