Kenapa kita perlu beli barang di halal mart?

1. Bab halal dan toyyib kita tak perlu risau.

Pengusaha mart akan tapis dulu. Supplier yang diyakini je akan diluluskan

2. Ekosistem ekonomi masyarakat Islam

Bila kita beli barangan di kedai-kedai ini, kita beri ruang kepada mereka untuk berkembang.

Umum mengetahui margin untung kedai runcit barangan makanan dan keperluan sebegini memang kecil (belum dikira barangan rosak atau expired).

Jadi pengusaha memang tiada pilihan, mereka memang kena kembangkan bisnes kepada banyak cawangan untuk kekal bersaing dalam pasaran.

Barangan keluaran orang kita pula bukannya tak bagus, tapi mereka selalu hadap masalah untuk distribute barangan mereka bila distribution channel amat terhad.

Sebelum ini, kalau pemilik barangan halal nak bekalkan kepada rangkaian pasaraya terkemuka, agak sukar. Bukan sebab perkauman, tetapi atas faktor kapasiti.
Kalau nak masuk tapi tiada kapasiti supply dan aliran tunai, pasti mengundang maut juga.

Bayangkan jika jenama-jenama milik orang kita berkembang selari dengan perkembangan rangkaian kedai halal mart seperti ini secara terkumpul menjadi lebih 2000 cawangan di seluruh negara.

Pada masa itu siapa perlukan Spxxdmart 99? Adakah jenama orang kita masih hadap masalah distribution channel?

3. Kita dapat bantu ramai pihak.

Pengusaha halal mart sebegini ramai yang menganjurkan dan menyediakan platform kebajikan .

Konsep ‘gerobok rezeki’ di mana pelanggan lain membayar siap-siap barangan yang terus boleh diambil sahaja oleh golongan fakir-miskin.

Kebanyakkan pengusaha halal mart ini pula setakat yang saya kenal memang jiwanya nak bantu anak bangsa.

Semua pekerja mereka selagi boleh terdiri dari orang kita. Jadi bila bisnes mereka berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat disediakan.

Saya doakan pemilik-pemilik beroleh kejayaan. Usaha anda ni bukan senang, tapi besar impaknya, yang ramai orang belum nampak lagi.

Artikel ini ditulis oleh Haiqal Murad. Beliau merupakan pemilik kepada rangkaian butik bayi jenama Tateh

Pandangan kami

Kami bersetuju dan menyokong penuh apa yang dikongsikan oleh saudara Haiqal.

Kami di AzZainMart yang telah berjuang memasarkan produk halal sejak 2008 berasa seronok dan teruja dengan jumlah penglibatan usahawan muslim di dalam sektor peruncitan.

azzainmart@shah_alam

Oleh kerana itu kami juga menyediakan khidmat bimbingan secara percuma kepada mana-mana usahawan muslim yang ingin membuka kedai runcit atau pasar mini yang berkonsepkan halal mart.

Di samping itu juga kami menyediakan pakej-pakej sumbangan dengan meletakkan produk-produk keluaran usahawan muslim juga dalam hamper atau kotak kepada penerima.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan sokongan moral kepada semua usahawan muslim dan juga pengguna khususnya umat islam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.