Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam 1

Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam

Beberapa hari lepas, kami menyedari satu hantaran di Facebook berkaitan cap halal yang tular di media sosial.

Tolong tah jangan dijual, diberitahukan halal sedangkan sudah dibaca dalamnya ada mengandungi pork gelatin jadi tidak halal tu. betul ada cop halal tapi macam mana boleh cop halal sedangkan mengandungi pork gelatin tu. hati-hati semua pembeli muslim. sampai hati seller tu menjual yang dibagi makan pada kanak-kanak .

Hantaran Facebook Syasya Eyrah

Sumber asal:

Penjelasan dari pihak JAKIM

Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam 8

Penjelasan Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam

Bahagian Hab Halal, JAKIM sudah memberi penjelasan seperti berikut:

Penjelasan Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam

Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.

Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.

Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel [email protected] atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel [email protected] / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

Sekian

“Yakini Halal Malaysia”

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sumber

Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM

Bersama ini kami sertakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diikitiraf JAKIM bagi kemas kini bertarikh 1 Disember 2020

Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam 9

Bagi gambar yang lebih jelas rujuk resolusi yang lebih besar seperti berikut:

Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diikitiraf JAKIM form PNG

Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diikitiraf JAKIM form PDF

Rumusan dari Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam

  1. Produk Soft Candy With Jam haram dimakan oleh pengguna muslim.
  2. Pengguna Muslim dinasihatkan untuk menyemak senarai ramuan bagi produk-produk yang dikeluarkan dari luar negara terutamanya produk berasaskan gelatin seperti gula-gula.
  3. Sentiasa peka dengan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
  4. Membuat aduan kepada JAKIM sekiranya berlaku penyalahgunaan logo Halal.
Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping