Perbezaan Pemprosesan Ayam Organik Az-Zain Dengan Sebahagian Ayam Di Pasaran.

URUTAN PROSESPEMPROSESAN AYAM AZ-ZAINPEMPROSESAN AYAM INDUSTRI
1Penyembelihan menggunakan proses dan teknologi kon (Cone).Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih)
2Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya.Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses.
3Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu.Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam.
4Suhu air dikawal pada 60oC supaya air tidak menembusi dalam daging ayam.Amalan industri menetapkan suhu air 70oC hingga 75oC. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam.
5Ayam dimasukkan ke dalam air sejuk tanpa kimia dan klorin.Ayam dimasukkan ke dalam air sejuk yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran.
6Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan.Teknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu.
7Ayam dipotong dan dibersihkan dengan sempurna.Ayam dihantar kepada pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam.
8Ayam diangkut ke pasaran dengan lori sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputus.Kebiasaannya ayam diangkut dengana lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria.

 

Az-Zain Peneraju Produk Halal Malaysia

Fenomena iklim duina pada hari ini jauh berbeza daripada 10 tahun aau 20 tahun yang lalu.

Kepanasan global, gempa bumi, banjir dan kemarau yang berpanjangan telah mengubah hampir setiap inci lanskap muka bumi dunia, sekali gus memberikan kesan yang ketara terhadap sektor pertanian di banyak negara.

Semakin hari hasil pertanian menjadi semakin berkurangan.

Secara amnya, hasil pertanian perlu dikongsi sesama manusia, haiwan ternakan dan binatang liar.

Senario ini semakin meruncingkan dengan penemuan teknologi terbaharu yang memperlihatkan hasil pertanian, seperti jagung, gandum dan kacang soya, digunakan sebagai biodisel, iaitu bahan pembakar tenaga.

Sementara itu, kemajuan teknologi industri makanan yang diterajui Barat dan negara bukan Islam yang dominan pada peringkat antarabangsa yang tidak menitik beratkan nilai syariah membimbangkan pengguna muslim.

Malah dengan semakin berkurangnya bahan mentah asli untuk membuat produk makanan dan minuman, pembuat produk makanan semakin rancak dengan penyelidikan untuk menghasilkan makanan yang ringkas dan mudah yang diformulasikan daripada bahan kimia, sintetik serta hasil sampingan binatang, terutamanya daripada khinzir yang haram untuk umat Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa umat islam kini berhadapan dengan cabaran yang besar untuk memastikan makanan dan minuman yang diambil setiap hari adalah benar-benar halal seperti yang dituntu dalam agama Islam.

Hampir setiap hari umat Islam mudah terdedah dengan makanan bersumberkan yang haram, baik  yang dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam mahupun pengusaha Islam yang tidak prihatin dengan tuntutan agama Islam.

Artikel ini diambil dari Majalah Dewan Ekonomi Bil 10 2018.

Bacaan lanjut mengenai Produk Az-Zain:

Keistimewaan Ayam Organik

Apa Itu Makanan Berfungsi?

Close Menu
×

Cart