tisha's murtabak penang

Tishas Food #1

Coretan Daripada CEO Tishas Food

Oleh:Shamsul Shah, CEO Tishas Food, 30 Julai 2019. TISHAS bermula dari sebuah gerai Murtabak Penang yg diwarisi dari legasi Rempah Moyang A Ghaffur, 1923 di Bertam Lane.

Tishas Food #1 1

TISHAS bermula dari sebuah gerai Murtabak Penang yg diwarisi dari legasi Rempah Moyang A Ghaffur, 1923 di Bertam Lane.

Resepi ini diwarisi dari pakcik saya yang diturunkan oleh Tok Wahab (anak Tok Ghaffur).

Tishas Food #1 2

Latar Belakang TISHAS Food Manufacturing

TISHAS mula bertapak di Kuala Lumpur pada 1st April 2012 yang menjual Murtabak Penang panas panas di Wangsa Melawati dengan seorang Penebar dengan Visi rangkaian gerai Murtabak Penang di Kuala Lumpur tetapi kekangan mendapat lesen membuatkan TISHAS memulakan bisnes Murtabak menggunakan Karavan di sekitar Gombak.

Bermula dengan sebuah Karavan

TISHAS diantara pelopor Karavan Tani FAMA (1st batch) setelah FAMA nampak akan trend baru dalam pemasaran makanan dan minuman di sekitar Lembah Kelang.

Kami membenarkan Karavan kami dilekatkan sticker FAMA bagi tujuan mempromosi Karavan Tani FAMA.

Alhamdulillah kami berjaya membina brand kami di Pasar Tani FAMA. (masa tu TISHAS tak ada lagi sebab kami guna nama A Ghaffur Murtabak).

Tishas Food #1 3
Tisha’s Food Murtabak Penang

INTEM Menjadi Kilang Frozen Pertama TISHAS

Untuk kami mengembangkan perniagaan kami, TISHAS mencari kilang frozen kerana untuk kami berada di setiap rumah di Malaysia maka kami perlu memulakan perniagaan frozen Murtabak.

Pencarian kami telah menemukan TISHAS dengan kilang INTEM iaitu sebuah Kompleks Inkubator Teknologi Makanan MARA yg mampu merealisasikan wawasan yg telah kami pasarkan dalam perniagaan TISHAS.

Tishas Food #1 4

Ini berlaku pada tahun 2015 dan bayangkan lah sebuah perniagaan yg bermula dgn sebuah gerai telah memasuki kilang pada tahun 2015 berkat keyakinan dan keazaman mahu memartabatkan produk Muslim yg Halalan & Toyyiban.

Tishas Food #1 5

Gabungan antara TISHAS dan KOSENI tidak berjaya

Perancangan kami ingin membesar kan pasaran telah menemukan TISHAS dengan KOSENI iaitu sebuah Koperasi di bawah kepimpinan Zed Zaidi (Presiden Seniman) yg ketika itu menawarkan bisnes plan kpd kami dan 37 Usahawan lain utk memasuki pasaran Sabah dengan nilai produk RM4.8 juta (85 SKU).

Malangnya bisnes plan mereka agak rapuh dan tidak cukup kuat sehingga menyebabkan kami semua kerugian lebih RM20 juta (38 Usahawan).

Ramai yg gulung tikar dan bankrap.

Tishas Food #1 6

MARA bantu TISHAS bertahan daripada muflis

TISHAS amat bernasib baik kerana MARA sedia membantu kami ketika itu disebabkan kami beroperasi di Kompleks mereka maka kami di bantu utk bertahan agar tidak muflis.

TISHAS kerugian lebih RM500 ribu dan dengan satu VIRAL yg Allah swt berikan, kami berjaya menjual lebih 1 kontena Paratha dari stok yang melambak dek permintaan kedua KOSENI ketika itu.

Kami mendapat re-order sebanyak 2 kontena oleh orang ramai yg ingin membantu kami ketika itu.

Alhamdullilah syukur dengan bantuan NYA Yang Maha Esa.

Mula Bertapak Di Hypermarket Giant

Bulan May 2016 kami mendapat ruang masuk utk memasarkan TISHAS Paratha di Hypermarket Giant tetapi ketika itu kami tidak mempunyai Dana yang mencukupi utk memulakannya.

Tishas Food #1 7

Kami tunggu dan terus tunggu sementara kami mendapat modal pusingan tetapi bulan September 2016 kami mendapat hint yg kami bakal dikeluarkan dari senarai Giant jika tidak mula supply produk TISHAS.

Berbekalkan semangat dan duit RM350 sahaja (nak beli booth Sampling pun tak cukup) maka kami memberanikan diri utk memulakannya.

Tishas Food #1 8

Rasanya kalau Giant tahu kami hanya ada RM350 shaja pasti kami tak diberi ruang utk masuk hypermarket mereka kan? Kita wajib memulakannya utk mendapat apa yg kita mahukan.

Cannot stop walau apa jua rintangannya kerana kita ada Allah swt utk kita memohon bantuan NYA..

Menuntut Ilmu Dengan Coach Yang Ramai

Pada tahun 2016 ini saya bertemu ramai Sifu2 dalam retail bisnes dan dari sini saya banyak belajar mengenai Branding dan juga Bisnes itu sendiri.

Alhamdullilah banyak yg saya dapat kutip dalam kelas branding MARA iaitu BTW (Brand Transformation Workshop) selama 3 bulan bertapa di Vistana Hotel.

Tishas Food #1 9

Bergurukan Dato Azie Sheikh Mohd dan Coach Rumaizon Abdul Malik serta Coach2 yg lain.

Ramai Sifu yg telah lama berada dalam Retail Bisnes telah saya kenali spt En Azmi Zainal yg hebat dgn bisnes Susu Farm Fresh nya.

TISHAS Mula Melebarkan Sayap

Tishas Food #1 10

Dari Giant kami bertapak di Mydin seterusnya Lulu Hypermarket. Kemudiannya ST Rosyam Mart, Sogo, Sri Ternak, AEON JUSCO.

Game di Hypermarket bukan calang2 mainan.

Ramai yg rebah jika kita tidak berilmu kerana banyak selok belok yg kita perlu ketahui agar kita mampu bersaing dengan produk2 yang telah bertahan sekian lama.

Mereka telah menguasai pasaran tersebut maka kita perlu tahu cara2 utk menumpang pasaran tersebut seperti Sampling dan Merchandising serta Road Show yg merupakan intipati kepada perjuangan di Hypermarket..

Mulanya kami amat takut utk berniaga di Hypermarket kerana stigma buruk yg kita dengar dari otai2 terdahulu tetapi berkat ilmu beberapa orang Sifu maka kami gagahkan diri kami utk bermain di lapangan yang amat mencabar ini.Memang benar ia bukan calang2 padang permainan… Maklumlah kita masuk padang yg telah ramai otai main maka kena buli adalah perkara biasa atau adat buat kami tetapi Allah swt hantar kan kami semut2 api TISHAS (The Red Ant Tishas) utk menguasai Sampling setiap hujung minggu di Giant sehingga melonjakkan brand TISHAS di sini… Alhamdulillah….

Memang benar ia bukan calang2 padang permainan.

Maklumlah kita masuk padang yg telah ramai otai main maka kena buli adalah perkara biasa atau adat buat kami tetapi Allah swt hantar kan kami semut2 api TISHAS (The Red Ant Tishas) utk menguasai Sampling setiap hujung minggu di Giant sehingga melonjakkan brand TISHAS di sini… Alhamdulillah….

Tishas Food #1 15

Kejayaan di Giant membuka ruang kami bertapak di Mydin serta Hypermarket lain tetapi bukanlah semudah ABC utk mencapainya malah ilmu yg dikutip dari Sifu2 telah membina jati diri kpd TISHAS utk terus kekal bersaing dengan GAJAH di Hypermarket…

Kami bermula di Giant pada Oct 2016 dari Supply ke 10 outlet di Lembah Klang sehingga 50 outlet di Lembah Klang pada Oct 2017 seterusnya lebih 100 outlet di seluruh Semenanjung Malaysia dimana pada satu ketika kami mempunyai hampir 30 team sampling setiap hujung minggu yang kami nama kan Outlet Manager (OM).

Agak malang jugak bila branding yg TISHAS bina di Giant jatuh sedikit demi sedikit kerana Giant Hypermarket itu sendiri sedang mengalami kejatuhan.

Dari 100 outlet lebih telah turun sehingga 70 outlet dan katanya nak dikurangkan kpd 50 outlet sahaja.

Tishas Food #1 16

Kami tidak duduk diam bila Giant mengalami penurunan kerana kami telah memecahkan pasaran ke Hypermarket lain agar kami mampu terus bersaing.

Kami gagal utk daftar new SKU di Giant.

Hanya 1 SKU di Giant memang merupakan satu disaster buat kami tapi kami tabah utk cool kat situ tetapi memasang strategi lain agar terus kekal bersaing.

Tishas Food #1 17

Ia cabaran yg agak besar buat kami tapi setiap yg berlaku itu adalah ilmu dan pengajaran buat TISHAS.

TISHAS juga memasarkan produk2 TISHAS melalui rangkaian HOME DEALERS di seluruh Semenanjung Malaysia kerana kami percaya Agen dan Stokis mampu membina branding TISHAS dengan lebih kuat lagi.

TISHAS merafak sembah ke DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

Credit : https://www.instagram.com/tishasfood/

Pelancaran program  #IAMTISHASHOMECHEF

Tahun 2017 kami melancarkan program #IAMTISHASHOMECHEF utk menyemarakkan program Home Dealers TISHAS di mana kami mempunyai 3 modul kelas Masakan Pastry berasaskan Paratha TISHAS.

Dengan “Trademark” Lembut Sampai Ke Hati telah membuatkan Paratha TISHAS dikenali oleh ramai pelanggan dan peminat Roti terutamanya.

Modul #IAMTISHASHOMECHEF di Tadika, Sekolah dan Komuniti telah membuat kejutan dan program ini masih dijalankan sehingga sekarang.

TISHAS dalam rangka pemasaran franchise iaitu Kiosk yg berasaskan Pastry di bawah bimbingan PNS serta sedang membuat perancangan ke arah export market spt di Kanada/US, Arab Saudi, Australia dan Jepun kerana TISHAS melihat peluang utk memasarkan produk Halal & Toyibban di pasaran dunia amat besar sekali.

Tishas Food #1 18

Kempen Asnaf Malaysia TISHAS Food

Kami mohon semua orang mendoakan TISHAS melangkah lebih jauh lagi kerana TISHAS mempunyai sebuah program #ASNAF melalui setiap peket jualan yang dibuat iaitu 10sen dimasukkan ke dalam Dana Asnaf TISHAS bagi membantu 7 golongan Asnaf yg wajib kita jaga.

Tishas Food #1 19
Kempen Asnaf Malaysia Tishas Food

Semoga anda semua diberikan keberkatan dunia dan akhirat asbab membantu TISHAS memartabatkan produk Muslim yang Halalan & Toyyiban serta membantu golongan Asnaf..

Sekian, Wassalam.

*Artikel ini diambil daripada https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2261078427280983&id=100001365442522

Anda boleh dapatkan produk TISHA di semua rangkaian Azzainmart

Boleh dapatkan produk Tishas secara ONLINE Disini