Produk Sambaleena.my

Sambaleena

Sambal Ijo dan Sambal Tumis Segera keluaran produk Sambaleena kini boleh di dapati di semua rangkaian kami.

Sambal yang paling pedas adalah Sambal Ijo! boleh dimakan dengan nasi dan roti begitu sahaja.

Antara produk sambal yang telah dikeluarkan oleh Sambaleena.my adalah sambal ijo, sambal ketuk, sambal merah, sambal penyet, sambal itam, sambal tumis, sambal bilis rangup dan tempe bawang bilis.

Rezeki sambal cili kering

Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 1
Sambaleena di dalam keratan akbar

SIAPA yang tidak mahu perniagaan diusahakan terus berdaya maju dan bertahan selepas segala keringat dan wang dilaburkan.

Namun, rupanya panas pagi yang ceria tidak sampai ke petang. Nurul Azlina Hassan, 38, harus menerima hakikat kejatuhan perniagaan pakaian yang diusahakannya selama 10 tahun hingga memaksanya menghentikan operasi lima cawangan.

Gara-gara aliran tunai yang tidak memuaskan, wanita ini kehabisan modal untuk dibuat pusingan. Entah di mana silapnya, dia berdepan detik sukar untuk terus bertahan dan menanggung kerugian.

Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 2

Tidak mahu terus rugi, dia terpaksa mengambil risiko dengan menghentikan operasi dan sejak itu dia banyak menangisi nasib yang tidak menyebelahinya ketika itu.

“Perniagaan pakaian memerlukan modal sangat besar malah perlu sentiasa ikut peredaran dan perkembangan semasa. Saya tidak fikir panjang lalu terus berhenti daripada terus rugi.

“Tiada apa-apa yang tinggal ketika itu dan saya terpaksa memulakan segalanya dari bawah. Saya tercari-cari peluang yang boleh diteroka selepas itu tapi kebanyakannya memerlukan modal besar.

“Ada juga mengambil tempahan sambal daripada rakan terdekat. Idea berniaga sambal ini kerana saya lebih gemar menghasilkan sambal menggunakan cili kering yang diproses sendiri berbanding membeli cili boh yang rasanya kurang enak bagi saya.

“Tidak sangka pula, hasil promosi mulut ke mulut oleh rakan yang pernah menempah sambal dengan saya mendapat perhatian ramai. Lama kelamaan semakin ramai pula yang mahu membelinya,” katanya.

Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 3

Menurutnya, pada 2015 dia mula menghasilkan sambal tumis segera dan cuba memasarkannya di media sosial hingga tidak menang tangan dengan permintaan pelanggan.

Selangkah demi selangkah, dia mula mengembangkan produk sambalnya dengan membawa jenama Sambaleena. Hingga kini sembilan jenis sambal ditawarkan antaranya sambal hijau, tempoyak, hitam dan tempe yang menggunakan sepenuhnya resipi asli untuk mengekalkan keenakan produk itu.

Nurul Azlina yang turut dibantu adik iparnya, Ezlyn Wahida Khalid, 23, sentiasa mencari jalan agar produk dihasilkan terus memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan yang kebanyakannya adalah pelanggan berulang atau tetap.

Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 4

Bagaimanapun, dia mengakui awal pembabitannya dalam industri makanan bukan mudah malah dia pernah kerugian hampir RM5,000 kerana sambal rosak dan tidak dapat dijual.

Meskipun begitu, sikapnya yang tidak mengenal erti putus asa malah terus kental menghadapi pelbagai cabaran mencipta kejayaan luar biasa apatah lagi semakin ramai mula mengenali jenamanya.

Daripada hanya menggunakan cara manual untuk membuat sambal, tahun lalu syarikatnya mula menggunakan mesin sekali gus berupaya menambah pengeluaran produk.

Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 5

“Berkecimpung dalam industri makanan ini memang penat tapi sangat berbaloi. Jika tiada kesabaran, memang tidak ramai yang mampu bertahan, jadi yang menjadi motivasi adalah melihat semakin ramai usahawan yang menjadi ejen dapat menambah pendapatan dengan hanya menjual sambal dengan bermodalkan serendah RM250.

“Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, puas rasanya dapat melihat ramai peniaga terutama suri rumah, ibu tunggal dan pelajar mendapat sedikit hasil daripada produk yang saya usahakan ini.

“Kini, kami juga sediakan perkhidmatan memproses sambal untuk pengusaha lain yang mahu memulakan perniagaan dengan membantu mereka menerusi khidmat nasihat, pembuatan hinggalah pembungkusan sementara menunggu jenama itu berkembang.

“Kami juga sentiasa menambah baik kualiti, rasa dan cuba memenuhi permintaan pelanggan dari semasa ke semasa selain mengkaji kehendak pasaran,” katanya.

Ditanya mengenai insan penting di sebalik kejayaannya, ibu kepada lima anak berusia dua hingga 13 tahun ini mengakui suaminya adalah tunggak utama di belakangnya yang sentiasa rela hati membantu menguruskan kesemua anaknya ketika dia sibuk membangunkan perniagaan.

Katanya, tanpa sokongan dan restu suaminya itu, pasti sukar untuk dia terus kekal fokus dan memberikan terbaik sebagai usahawan.

Sumber: Harian Metro

Top 5 Say Inspire 2019

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah. Tuhan Pentadbir seluruh Alam.

Tak sangka dan tak meletak harapan terlalu tinggi kerana dikelilingi dengan ramai lagi usahawan yang hebat. Tapi Allah tahu kami memerlukan coacing dari Say Inspire. Semua Allah dah atur cantik-cantik.

Ini adalah pengalaman pertama kami. Banyak benda Kak Lina dan team belajar dan perlu perbaiki dari masa ke semasa hasil program ini. Paling teruja sebab bertentang mata dengan DYTM Raja Muda Tengku Amir Shah. Ucapan tahniah dari Tuanku sangat-sangat beraura.

Terima kasih yang mendoakan dari jauh baik keluarga, cikgu-cikgu bisnes, coach-coach bisnes, rakan seperjuangan serta sahabat-sahabat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2296596273751408&id=100002031744018
Sambaleena - Pakar Sambal No. 1 Anda 6

Media Sosial

Instagram: https://www.instagram.com/sambaleena.my/
Facebook: https://www.facebook.com/sambaleena/

Anda boleh dapatkan produk SAMBALEENAMY di semua rangkaian Azzainmart

Boleh dapatkan produk Sambaleena.my secara ONLINE Disini

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
%d bloggers like this: