coklat ryverra

Coklat Ryverra di Media

Kerajaan bantu usahawan tempatan perkasa produk berasas coklat

PUTRAJAYA: Bantuan dan tunjuk ajar agensi kerajaan membolehkan pasaran produk berasaskan coklat yang diusahakan anak tempatan yang bermula di rumah, mampu diperluaskan hingga ke peringkat antarabangsa.

coklat ryverra

Menggunakan nama Ryverra, Estana dan Reevo untuk keluarannya, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2008, kini mempunyai 23 produk, yang kesemuanya diperbuat daripada coklat tempatan.

Dengan tunjuk ajar agensi kerajaan seperti Lembaga Koko Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Rural Business Challenge (RBC), syarikat itu yang diasaskan pada 2008, terus mengembangkan perniagaan berasaskan coklat.

Selepas membeli premis di Ampang Jaya, Selangor pada 2010, syarikat itu tidak lagi menoleh ke belakang dan berkat kesungguhan, kini mempunyai 15 pekerja tetap dan mampu mengeluarkan empat tan coklat dan satu tan segmen minuman sehari.

coklat ryverra

“Syarikat mampu memperoleh RM1 juta setahun dengan dibantu kesedaran rakyat Malaysia membabitkan kebaikan produk coklat dan perkembangan ini juga atas faktor usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” kata Pengarah Eksekutifnya, Sharil Omar.

Syarikat itu yang mengambil bahagian pada Karnival Usahawan Desa Putrajaya 2019 (KUD@KPLB Putrajaya) di sini, mengakui bantuan kerajaan banyak membantu kejayaannya termasuk menyertai banyak pameran di luar negara.

“Kami berjaya menembusi pasaran Arab Saudi dengan nilai eksport RM300,000. Malah, menjelang hujung tahun depan, kami berharap dapat menggandakan nilai eksport sehingga RM1 juta,” katanya.

coklat ryverra

Sebagai usahawan luar bandar, Sharil berterima kasih kepada agensi kerajaan yang banyak membantu dengan penganjuran pameran sehingga membuka peluang untuk mengembangkan pasaran produk di dalam dan luar negara.

Beliau menyasarkan untuk memperluaskan lagi pasaran keluaran syarikatnya ke seluruh negara kerana buat masa ini masih terhad di sekitar Lembah Klang.

“Kami juga mahu menembusi pasaran Indonesia kerana dengan penduduk yang ramai, pastinya ia memberi pulangan yang tinggi kepada syarikat,” katanya.

coklat ryverra

Sumber: Berita Harian

Media Sosial

Website: Ryverra Chocolate

Facebook: Ryverra Chocolate

Instagram: Ryverra Chocolate

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping